Celcom Berukband yg mcm tuuuut...
Sunday, October 25, 2009 Celcom BroadbandAdakah bermaksud dia seorang yg kaya raya dan mahu buang duit di cc sebab duit tak tau nak buang kat mana dah? Duit dah tak tau nak campak mana? Atau saja nak buang minyak moto? Atau bosan duduk kat rumah? Atau sebab celcom broadband yg selow giler tahap berukband?
Antara semua plhn jawapan tu yg paling tepat adalah pilihan terakhir. Ditambah lagi dengan soalan, apakah persamaan antara celcom broadband dan siput babi?Betul. Kedua2nya lambat. Lambat macam apa...mcm batuuuuuutttt...disebabkan perbezaan yg amat tipis tu antara siput babi dan celcom broadband, kadang2 agak sukar untuk mengenal pasti samaada yg kita pijak time pagi2 tu adalah seekor siput babi ataupun celcom broadband. Begitulah perumpamaannya.
Sekarang aku kat cc. Sebab tadi aku try login facebook dah bagi 20 minit pun tak masuk2 jugak. Celcom tak rasa ke diorg makan duit haram? Bukan aku sorg. Housemate aku kata nak terminate akaun dia besok. Aku kata bfore terminate, tolong maki2 sikit ya. Hehehe. Geram punya pasal.
Semalam aku try beli topup dari pukul 11 kat maybank2u. Sampai pukul 12 aku try masih jgk tak mampu2 nak masuk ke maybank2u. Aku keluar cepat2 g cc. Sampai kt cc baru aku perasan yg maybank2u dah start buat maintenance dah waktu tu. Mula pukul 12 tiap malam. Kalau bkn psl celcom berukband td dah lama aku dapat kredit.
Lepas tu aku balik umah. Sampai lebih kurang 1.30 gitu dapat jugak aku masuk maybank2u guna berukband tadi. Aku try la beli topup celcom RM10. Tau apa yg jadi? Bila complete je payment aku dan sepatutnya aku akan dibawa ke laman PIN topup tu celcom berukband ni cepat2 down. Apa kesannya? Kesannya, duit dari maybank2u aku kena potong dan PIN topup tu aku tak dapat. Buat aku nak mencarut. Aku tak suka mencarut tapi semenjak dua menjak ni aku asek je mencarut dan diikuti oleh perkataan celcom.
Dah lama sangat sabar last2 pecah jugak. Kalo korang tak caya kan, try search kat pakcik google "celcom broadband macam sial". Tengok apa orang lain kata. Huhu.
Aku rasa tagline Celcom Broadband patut ditukar menjadi "Celcom broadband, Melatih Kesabaran"
Tau tak apa kesan celcom broadband kat hidup aku? Aku amek dua contoh tadi je. Pertama aku tak dapat login facebook kan? Kedua aku tak dapat nak beli topup. Begini, bila aku dapat login facebook mungkin ada awek2 yg nak add aku ker...nk berkenalan ke...nak mesej2..nk chat ker...mungkin la kan..sapa tau? hehe...tapi bila celcom berukband ni selow sgt, dan aku tak dapat login, melepas la peluang tadi. Btol x?
Kedua, bila aku nak topup cepat2 maknanya sebab aku perlu reply mesej orang. Mungkin juga mesej dari mereka yg berjanitna awek, kan? Tapi bila dah jadi macam yg aku sebut kat atas tadi mana2 awek pun akan bengang sbb aku tak reply cepat2. Last2 merajok dan terus hilang.
Eh korang nampak tak apa kesan secara langsung celcom berukband ni kat idop aku? Kesannya kan, sampai sekarang aku masih single. Sebab tu ada filem i'm single tu. Ilham dari kisah aku tu rasanya. Tapi aku tak tengok cerita tu sbb aku tak suka farid kamil. Eh farid kamil ke yg berlakon? Ahh biarla dia. Aku stori pasal celcom berukband rupanya td. Hehe.
Ok la aku harapa celcom berukband ni akan improve. Kalau tak pun aku harap lepas ni Dato' Seri Tony Fernandez join jgk bisnes broadband ni kat Malaysia. Buat macam dia buat kat airasia. Barulah aku tak menyingle selamanya, kan? Err...ada tak awek2 yg single baca entri aku ni? Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk mendapat respon selanjutnya k. Haha :D
Aku ingtkan entri ni pendek, panjang giler rpanya...mmg layak masuk blog. hehe
salam.
Pada-Nya jua kita dikembalikan....
Thursday, October 22, 2009 Menghadap IllahiPtg ni aku dapat berita berkenaan mak kepada kawan aku telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yg mendapat rahmat. Amin ya Rabbal alamin...
Setelah melalui penderitaan yg agak panjang lantaran perasaan dengki manusia dengan bantuan dan tipu daya syaitan, akhirnya ptg tadi semua penderitaan mak kawan baik aku berakhir apabila rohnya kini dijemput Allah untuk kembali kepadaNya. Baru semalam kami berborak pasal beliau.
CCTV yg kawan aku beli hari ni dengan tujuan untuk dibawa balik untuk merakam siapa yg selalu menanam barang2 sihir di sekeliling rumah tu nampaknya tak sempat nak digunakan. CCTV tu skrg ditinggalkan di bilik dan kawan aku sekarang dalam perjalanan ke LCCT untuk kejar tiket emergency supaya dapat segera sampai ke rumah malam ni sebelum jenazah dikebumikan. Semoga dia sempat bertemu jenazah maknya untuk kali terakhir.
Rancangan kami juga untuk bertemu ustaz Majid untuk tujuan mengubati maknya juga nyata tak diberikan kesempatan. Tapi tak pa lah, semua ni pastinya akan ada hikmahnya. Sepanjang beberapa lama aku kenal dgn kawan ni, aku dapati dia mmg sorg anak yg paling baik. Terlalu ambil berat pasal keluarga terutama kepada maknya.
Tadi dia menangis depan aku. Teresak-esak dia bagitau aku pasal tu. Biasanya aku dapat bagi dia apa2 nasihat yg patut. Tapi tadi aku hanya diam je sambil turut termenung. Aku jadi speechless. Aku tak tau nak kata apa. Aku harap dia pun faham. Tapi lepas tu dia nampak dah ok sikit.
Tu je kali ni, semoga roh arwah dirahmati Allah s.w.t...
Sihir...jangan jadi hamba syaitan
Sunday, October 18, 2009 Rawatan, Rawatan IslamCerita ni sebenarnya dah lama. Hidup mak dia dah lama derita pasal benda ni. Mak dia tak dapat nak jalan. Sakit macam-macam. Semua ni gara-gara ada manusia yang busuk hati, dengki dan sanggup jadi hamba syaitan.
Bila aku sebut pasal sihir sebagai punca mak dia jadi macam tu (pastinya dengan izin Allah), mesti ada juga yang akan terdetik nak tanya.."dah cek kat hospital ke?". Takpe, sebab aku pun dulu ada tanya kat kwn ni macam tu.
Rupanya benda tu mmg dah sah dah berkaitan dengan makhluk-makhluk halus. Dah lama dah berubat dengan perubatan moden. Bila guna ustaz, diorang berjaya jumpa ada macam-macam 'benda' yang ditanam di sekeliling rumah. Pagi ni buang, malam ni dah datang balik.
Kali ni kawan aku tu kata keadaan lagi teruk. Belakang badan mak dia bengkak sampai dekat 20cm. Bayangkan berapa besar tu? Nanah pula keluar dari situ. Perangai mak dia berubah macam budak kecik. Ada sekali tu suara mak dia jadi orang lain dan bercakap pelik. Rupanya makhluk tu yg bercakap. Dia kata nak bagi mak kawan aku ni terus lumpuh dan sakit.
Sekarang ni mak kawan aku ni masih lagi sakit. Dah macam-macam dah barang digali dan dibuang dari halaman rumah tu. Besi pun diorang ada jumpa. Jahatnya manusia bila dah penuh hasad dengki.
Mari kita sama-sama berdoa, moga mak dia diberikan kesembuhan dan pengamal ilmu hitam serta orang yang mengupahnya tadi berhenti dari melakukannya. Semoga kita pun terlindung juga dari semua benda-benda pelik dan syirik ni. Assalammualaikum....
Member yg kesian..
Saturday, October 3, 2009 HousemateSbnrnya aku just nk luahkan apa yg ada dlm kepala hotak aku yg bjambul ni je skg ni. Apa yg dlm kepala otak aku adalah aku kesian dgn member baik aku ni. Dia 1 umah ngn aku wpun xsame bilik la. Aku salu kuar mamam ngn dia dan dia mmg baik.
Aku kesian ngn dia sbb gf dia pasang lelaki lain. Bila dia suruh tgglkan laki tu, pmpn tu tanak. Tp bila dia tgglkan pmpn tu, pmpn tu plak kol dia nangis2 kata dia tanak hlg mmber aku ni. Aku dh bgtau dh mmber aku ni supaya jgn layan pmpn tu. Bkn apa, biar dia dpt bezakan antara ada lelaki ni n dah tiada.
Mungkin ada yg akan cakap may be laki ni tak bagus or tak pandai layan awek dia tu. Apa yg aku nampak selama ni, mmber aku ni layan dia 1st class je. Ari2 mmber aku pg belikan nasik dan antar pg tmpat tggl dia. Bkn setakat sentuh, nek moto sekali pn mmber aku ni tak bawak dia. Bila mmber aku ni gi hong kong aritu, sanggup lg dia beli simkad khas utk kol awek ni ari2 wpun kos boleh thn gak. Pastu nak kata psl romantik, mmber aku ni kalo nk bg kad kt awek tu siap yg design2 sendiri lg. Aku ada tengok aritu.
Tup2 skrg awek tu plak pg buat hal kuar ngn laki lain. Siap pg tgok wayang lagi tu. Before ni awek tu tak msuk pn pgg wyg. Ntah apalah laki tu dh buat smpai awek tu tiba2 jd camni. Sbnrnya mmber aku dgn awek ni dh kapel 3 thn lbeh dah. Aku kesian gk kt mmber aku ni. Tp dia nampak kuat gk la.
Kesimpulan daripada tragedi depan mata aku ni pmpn mmg cpt bosan. Bila diorg jmpa org lain, diorg akan tgglkan korang(para pakwe) dan alasan yg korang akan dpt adalah tak ada jodoh. Lepas tu korg akan dengar org cakap, dh xder jodoh nk wat camner. Hehehe. Tp kalo org laki yg buat mcm tu, korang akan kena cakap playboy dan tak guna. Haha.
Dah siap satu entriii...yeeeeyeye
Jahilnya Para Menteri...Jangan menyibuk, biarlah Kartika dihukum!
Thursday, August 27, 2009 Mahkamah Syariah, Model Sambilan Kartika, Sebat Minum ArakBila ada orang kata pakai tudung tak wajib, janggut tu bukan sunnah Nabi, hina hukum Hudud dan macam-macam lagi korang reti pulak duduk diam2. Bila artis2 buka sana sini, korang diam2 pulak.
Bila orang hina dan kata poligami tu tak ada, korang diam2. Malah sokong lagi. Bila orang minum arak, korang diam2. Tak tau la kalau ada yg dah biasa buat jugak.
Bila ada orang yg anti hadis, apa respon korang? Apa yg korang pernah buat bila sister in islam keluarkan hukum yg macam2 dan pelik2? Tapi bila Mahkamah Syariah buat keputusan nak hukum orang yg minum arak, korang bising! Apa yg kecoh sangat, sebab takut undang2 tu merebak sampai kena kat engkorang sama ke???
Blah la. Jadi menteri konon. Jadi pi em tp buat malu je. Biar je la mahkamah syariah nak buat kerja dia. Yg nak tekan2 apasal? Dulu sapa yg buat pegawai JAWI letak jawatan sebab tangkap jeslina hashim al hadhari kat kelab malam tu? Anak sapa pula yg puas hina2 JAWI kata diorang menyibuk hal org lain dan berpura-pura alim tu? Bukan anak ex pi em ke?
Kalo korang nak bising2 psl politik, bising je. Tu memang kerja korang. Tapi jgn kalo mahkama syariah nak wat keje la wei. Kitorg yg jahil(agakla jugak) ni pun paham dan hormat benda tu. Korang yg mngaku menteri tak kan bod o sgt kot?
Sekian. Nukilan nak puaskan hati marah time bulan2 Ramadhan ni. Khas untuk yg berkenaan. (Kalau tak tau, boleh baca paper)
Add me...
Thursday, July 23, 2009 Facebook, Friendster, Myspace, YMYe la...apa yg aku nak visitkan kalo aku sendiri tau yang aku takde wat update baru pun kan. Hehe.
Dalam entri penuh kerajinan ni, aku nak ajak cik2 dan encik2 sekalian untuk add aku kat friendster, myspace, facebook dan jugak YM. Aku letakkan emel and id aku kat bawah ni. Manalah tau kita terserempak nanti kan.
Friendster: syahir2104 at yahoo.com
Myspace: myspace.com/balaipolis <----amacam, gempak tak nama? Facebook: syahir2104 at yahoo.com
YM: Balanbalan04 <-----balan2 adalah hantu yg femes kat sabah. Amacam, ganas tak id aku? hua3 Ok2 pakcik malas dah nak masuk balik. Dia dah mai dah...dia dah mai...ok sampai sini je. Salam!
Update...
Wednesday, July 15, 2009 Aku malasBaru sebulan lepas operation aritu, bengkak dah tumbuh balik. Kali ni bukan kat tempat lama. Bukan kat lelangit, tapi betul2 kat tempat para doktor buat operation aritu. I suspect infection kot. Tapi sebenarnya dah malas dah nak gi klinik jumpa doktor lagi. Dah berbelas kali dah kot. Adoi malasnya hamba.
Sekian berita pendek. Harap takda lagi pilihanraya lepas ni. tq
Update pendek: Selepas operation
Friday, June 5, 2009 Entri KHAS, Kisah Aku, RawatanSkrg masih perlu pakai ada acuan lelangit dan besi pada gigi untuk support pressure kt dalam tu sbb aritu kena korek abis. Pembedahan hampir 2 jam dan berjaya. Selamat berblog semua! Salam
Kan aku dah cakap semalam, tahniah Barcelona!!!
Wednesday, May 27, 2009 Barcelona vs Manchester UnitedPagi tadi, aku setkan alarm pukul 3 pagi. Sebab aku ingat match start pukul 3 am. Rupanya pukul 2.45 am. Info sesat dari housemate aku la punya pasal tu. Nak tgok bola punya pasal sanggup pula set alarm, kan bagus kalo bole buat gitu untuk buat ibadah ke, kan? Haha. Ok, tu ceramah mini untuk aku.
Tapi masih boleh ditahan oleh mereka yg berjiwa kental macam kitorg pagi tadi. Semua tak berganjak. Aku cover kepala guna jaket je. Maklum la rambut pacak2 ni kena hujan sikit je terus ke kulit kepala. Geli la. Haha.
Tahniah Barcelona!
Tuesday, May 26, 2009 Barcelona vs Manchester UnitedDia takde kepala
Pengalaman MistikKazen aku ni kerja dekat sebuah company kat KK. Company tu buat construction. Macam2 la jugak. Dia under department yg melibatkan sumber kayu waktu tu. Aku tak tau la apa nama sedap dia. Tapi tu lah secara tak sedapnya. So tugas dia, masuk hutan dengan pekerja2 dan gerakkan urusan2 sebegitu. kalau perlu deal dengan tuan tanah, dia yang akan buat.
Satu hari dia bertugas di Kota Belud. Nama kampung? Kpg Rampayan ****. Destinasi diorang adalah satu kawasan tinggal jauh di dalam hutan. Bekas tempat pendaratan kayu balak rasanya. Nak sampai sana mesti guna kereta pacuan 4 roda. Kalau bawak kereta kancil, alamatnya bercerailah badan dan nyawa. Ni bukan aku kata, pak belalang yang kata. Sampai kat tempat tu, hujan renyai2. Waktu pulak dah petang dah.
Untuk pengetahuan, kat sabah pukul 6 pm dah gelap sangat dah. Macam 7.30 pm di selangor. Kalau dekat alam jin mungkin dah siang dah. Maklumlah, kita malam diorg siang dan sebaliknya. Sebab tu lebih bnyk kes2 misteri kita waktu malam sebab diorg pun bekerja time tu. Kata ustaz la. So lepas diorg berlegar2 kat tempat tu, diorg dengar cerita tentang ada kayu balak berharga yg pernah tenggelam kat sungai tu dan tak dikeluarkan sampai sekarang.
Nilai kayu tu mungkin lebih RM20k. Kayu berkualiti dan terkenal. Tahan lama dan boleh tahan bertahun2 dalam air. So mungkin masih bagus. Diorang ada ber-4 waktu tu sebab nak meninjau2 tempat je. Dia paling muda dan ada 3 org lagi pakcik bersama.
Hujan renyai2 terus turun. Kat sekeliling takda orang sebab kat tengah hutan. Salah sorang dari diorg cuba menyelam nak tengok dalam mana kayu tu tenggelam kat dalam sungai. Dia tak dapat menyelam dalam2. Sebab takut ataupun tak pandai. hehe. Last2, diorg ambil keputusan untuk cari penduduk tempatan sahaja buat kerja tu.
Hari pun dah suram sangat so diorg ambik keputusan untuk datang balik nanti. Semua masuk dalam kereta.
Tiba2, dalam jarak beberapa puluh meter kat tepi kereta diorang nampak ada sorang lelaki tengah tunduk2 macam cari2 sesuatu. Tapi lelaki tu membelakangi diorang. So yang pakcik duduk depan ni pun jerit panggil orang tu. Dengan niat nak tanya dan minta tolong. Lepas beberapa kali jerit, orang tu pun pusingkan badan menghadap diorang.
Nak tahu apa yg bestnya? Badan dah pusing, tapi kepala tetap tak ada. Ingatkan tadi tu dia tengah tunduk sebab tu kepala dia diorg tak nampak. Sekali badan dah pusing, kepala masih juga takda. Leher dia macam terpotong tak sampai separuh. Kazen aku apa lagi, lepas pastikan yg cermin dia dah tutup(your safety first.hehehe) tak dapat nak cakap apa2 sebab semua pun dah terdiam dah time tu. Dia goyang2 kan kerusi driver suruh start enjin. Nasib baik kereta takda problem.
Diorang cepat2 gerak ke kampung berdekatan. Sampai situ, diorang pun tanyalah orang pasal kayu yg tenggelam tu. Tapi dalam borak2 tu, orang kampung macam stail gurau2 tanya diorg,
"Ada jumpa ke tadi?" Tanya orang kampung sambil senyum2.
"Biasa ja tu geng. Nda tu mengacau. Dia cari kepala dia. Dulu waktu tempat tu buka lagi, ada pekerja yang mati sebab tali untuk tarik kayu balak tu putus dan tali tu kena kepala dia. Pecah kepala dia. Biasa sudah orang nampak tu situ"
Kazen aku dan pakcik yang 3 orang lagi diam je kontrol tak takut walaupun tadi nak bsuara pun dah tak mampu dah. Hahaha.
:: Kisah benar yg kazen aku story sendiri dengan aku. Mesejnya, apabila roh keluar dari tubuh untuk selama2nya, kita mati. Selepas itu, roh adalah urusan Tuhan. Jasad semestinya akan reput dan kembali ke bumi. Jadi, siapakah yg berlegar-legar menakut-nakutkan kita ini? Mungkin jelmaan Syaitan dan Jin-jin kafir yang misi utamanya untuk menyesatkan pedoman dan keyakinan kita.
Tak dapat banyak pun, sikit diorang dapat juga. Walaupun aku tak sebaik mana, tapi dalam kes ni aku sentiasa kekalkan pendirian yang 'benda-benda' ni semua adalah jelmaan syaitan dan makhluk halus yang misi utama diorang sampai kiamat nanti adalah semata2 untuk rosakkan akidah. Jangan tertipu dan kata si fulan bin si fulan dah jadi hantu. Rohnya urusan Tuhan. Betul tak? Takut2 nanti, tujuan 'dia' berjaya.
:::Kazen aku tu kuat jalan sana-sini. Tu la banyak peluang untuk jumpa benda2 gitu. Pengalaman dah banyak dah jumpa benda2 mistik ni. Kepala terbang yang sambar rusa yg diorg tembak pun dia dah penah jumpa dah. Kat Sandakan kot cerita tu kalo aku tak silap.
Sekian entri aku ketika rajin. Kalau seram baca entri ni, sila tinggalkan komen. Kalau tak seram, sila tinggalkan komen jugak. tq
Rambutku rambut 'pacak-pacak' - Oh, ringan sekali kepalaku..
Kisah Aku, Rambut BaruMemandangkan aku tak pernah post pict kt blog aku ni selain pict kat sebelah sidebar tu, aku post 2 keping ek. Sebelum dan selepas potong.
Sekian berita. Kembali kepada mazidul di studio. Silakan Mazidul!
Akhirnya...doktor pakar juga jawabnya
Friday, May 22, 2009 Kisah Aku, RawatanHari ni aku terpaksa beli tiket balik sabah. Tiket balik besok. Aku beli pakai kad kredit kakak aku. Aku bukan nak sangat. Tapi aku terpaksa. Keadaan kesihatan aku mendesak aku balik bersama keluarga untuk buat rawatan kat sana.
Pada awal2 posting blog ni dulu, aku penah sebut pasal aku appointment dengan doktor. In fact, dah 7,8 kali aku jumpa dengan doktor tu untuk buat rawatan aku. Yang terakhir adalah semalam. Semalam aku dapat 4 jenis ubat lagi.
Sebulan lepas, semuanya dah ok sikit. Bengkak kat lelangit aku dah kurang. Darah dah tak keluar kat gusi aku. Semuanya lepas makan ubat dan rawatan. Tapi entah pasal apa, hari khamis lepas tiba2 bengkak kat lelangit aku membesar mendadak. Tak cukup dengan tu, pipi aku pun bengkak. Aku sekarang macam orang yg baru lepa kena tumbuk kat pipi kanan. Bengkak tapi takda lebam.
Siapa nampak pun pasti perasan bengkak tu. Aku dah makan ubat semalam. Nak tengok perubahan. Tapi pagi ni bila aku bangun aku nampak bengkak makin membesar dan dah sampai kat mata kanan aku. Mata aku jadi sepet sikit macam orang kena gigit dengan penyengat. Pipi aku bula bengkak macam orang tengah kemam gula-gula. Hehe.
Gigi kat sebelah kanan mulut aku sakit. Nak kunyah makanan memang payah dan perlahan. Aku tak tau apa sakit sebenar aku. Yang aku pasti kalau dah sampai bengkak macam tu, it has something to do with saraf kat bahagian muka tu. May be sebab infection kat dalam lelangit mulut aku.
Lepas ni aku akan buat treatment kat sabah. Bukan sebab doktor kat KL tak pakar. Tapi kalau kita buat rawatan yg kita rasa agak besar dan kita tak tahu apa hasilnya nanti, sebaik2nya buat time faimly ada di sisi, kan? Aku tak tau apa penyakitnya, tapi aku berserah je la. Thank you buat pembaca blog. Salam.
Awek tu ada 2 pakwe..Fuhhh
Wednesday, May 20, 2009 Bebelan, Kisah AkuTajuk entri ni, awek yg ada 2 pakwe. Dari tajuk tu pn korang dah boleh faham apa sbnrnya yg aku nk stori kn? Kisah pasal sorg pmpn yg bergelar makwe kepada 2 pakwe. Tapi tanpa pengetahuan pakwe2 dia tu. Kemungkinan besar. Takkan la diorg tau plak kan.
Kisahnya camni. Aku waktu tu kat airport Termina 2(Air Asia Kota Kinabalu Airport). Aku tgh tggu nak masuk departure hall lepas check in. Oleh sebab lama lg nk masuk, aku tunggu je la kt depan pintu masuk tu. Kiranya wktu tu masih kt depan kedai yg jual coklat2 tu la. Ramai jg org aritu.
Dalam ramai2 org tu, aku pun sempat la nampak sorg awek ni tgh dduk dkt kerusi kat tmpt menunggu tu. Boleh thn jg orgnya. Hehe. Aku tengok sblh dia ada sorg mamat ni. May be abang dia or pakwe dia kot. So untuk pastikan relationship diorg, aku tgok aksi seterusnya. Wahh..bukan main lagi mcm kapel2 kat midvalley. Usap2 tgn, cium2 tgn dan penuh mesra. Ohh kapel rupanya. Mungkin salah sorg akan masuk flight dan salah sorg tinggal. Tu lah aksi hot je tu. Nak pisah jauh katakan. Dua2 bukan main lagi muka sedih. Yg pompuan tu pn lagi la. Sedih je muka nak pisah ngn pakwe dia tu. Kononlah.
Sampai masa, aku pun masuk ke departure hall. Duduk2 tunggu flight aku, aku nampak awek tu ada juga. Ohh sama flight ngan aku yer. Nak gi kl jugak rupanya. Tinggal la pakwe dia kt sabah. Masuk aircraft, aku tak la gi duduk sblh dia pulak. Aku duduk tepi tingkap macam biasa. Kalo bole aku nak duduk atas sayap kapal terbang tu je tp pramugari yg cantik tu tak bagi Dia kata dia suka aku and nanti aku kalo jatuh dan mati tak sempat pulak dia nak ajak aku dating. dan pegi genting Iyela2, yg ni aku tipu. Nak bg sedap sikit je stori pun xleh ke. hhuhu.
Macam biasa lg skali, aku layan tidur. Tau2 je dah sampai LCCT. Untuk memendekkan cerita, aku tiba2 ja dah dduk dalam bus SKY Bus yg akan gerak ke KL Central dan akan smpai dalam masa 1jam 15 minit. Aku pun tak taw camner aku bole ada dlm bas ni. Pdhl aku tak stori lg psl amek bagasi td. Pelik ni. Tiket bas ni harganya cuma RM9. Kalo nak lagi murah, gunakan Aerobus. RM8 je. Service sama top, harga je murah cket. Bus tak jalan lagi.
Macam biasa lagi sekali, aku duduk tepi tingkap bas sambil cuci2 mata. Al maklum la kt airport ni taw2 la view dia kan agak indah daripada biasa. Hehehe. Tiba-tiba(part ni saspen sikit), aku mcm nampak awek td tu. Tp mcm pelik jgk. Awek ni dgn lelaki lain. Tgok btol2, sah memang dia. Amboi, bukan main lg mesra siap muah2 dahi lagi tu. Tak pyh la describe pjg2 cuma diorg mmg mcm dah lama tak jumpa. Laki tu ada bawak keter. Dia angkatkan luggage ppmpn tu masuk keter dan diorg pun geraaaaaak...
Aku yg tgok situasi tu trkejut jgk. Tp aku senyum je la sbb bg aku awek tu smart jugak. Dari rumah nak gi epot Terminal 2, pakwe dia sana yg hantarkan. Sampai LCCT, pakwe dia yg kat sini ambilkan. Kira macam pakej la ni. Haha.
Agak2nya, berapa ramai yg guna teknik tu skrg? Atau adakah kita skrg salah seorg daripada 3 watak td? Kalo pun bukan sbg watak awek tu, mungkin ada yg sedang pgg watak pakwe dia yg kesian tu.
::Erm, agak pjg jgk entri aku kali ni. Aku ptt makan pizza utk meraikannya.
Saya menaip 45 perkataan seminit. Kalahkan saya!
SpeedtestSebenarnya aku baru je cuba try test tahap kelajuan menaip aku. Keputusannya, aku dapat taip 45 perkataan dalam seminit. Aku postkan result yg aku dapat.
Speedtest
Kamu mencapai 235 markah, jadi kamu berada di posisi 11470 dari 78290 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 285 aksara seminit
you mendapat 45 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah
Post terbaru...
Monday, May 11, 2009 Entri KHASOh ya, 2 hari lepas akaun adsense aku kena banned. Bukan sebab tak update blog. Sebab ada trafik yg tinggi datang secara mendadak ke blog adsense aku. Kesian akaun adsense aku. Sekian post bermakna.
Kena santau? Pukau? ermmm..
Sunday, May 3, 2009 Kisah Aku, Leukemia, Rawatan IslamMungkin peristiwa 2 malam sebelum tu ada kaitan? Dia dalam bas perjalanan jarak jauh dari johor ke serdang. Travel malam dan sampai dalam pukul 10 pm. Dalam bas ada sorg lelaki dari negara jiran. Kawan aku ni tidur dan cover badan guna jaket cover badan.
Nak dipendekkan cerita, bila dia sampai R&R serdang dia pun turun dan balik rumah kitorg. Peliknya, sampai kat rumah baru dia sedar yg beg duit yg ikat kat perut dia tu hilang. duit dalam tu ada dalam RM800. Juga IC dan kad2 bank serta lesen. Hilang!
Tengah malam tu juga kitorg(3 org) ke KL cari bas tu. Bas KKKL Batu pahat-KL. Semua port bas tu parking kat KL kitorg raun. Memang tau duit tu takkan jumpa. Tapi sekurang2nya ada IC, lesen dan kad bank yg tinggal. Tapi malangnya, tak jumpa juga. Besok paginya baru kawan ni dapat jumpa bas tu.
Malam lepas tu la kawan start sakit perut dan muntah darah. Sampai la dia masuk ICU besoknya malamnya. Beberapa hari lepas tu dia keluar hospital dan family dia suruh balik kampung. Malam ni dia dah balik rumah kat serdang ni. Tapi lain sikit stail dia. Dia sbnrnya agak aktif gak. Tapi tadi tengok mcm bersopan santun sikit. Hehe. Cakap pun agak lemah lembut la sikit.
Rupa2nya dia cakap dia rasa mamai semenjak malam tu sampai la sekarang. Rasa panas semacam je dalam badan. Dia kata mak dia cakap mungkin dia terkena pukau ke santau ker. Tapi bapa dia tak suruh percaya mender2 tu. Aku pun tak yakin sangat yg dia kena benda tu tapi oleh sebab aku tau yg benda2 mcm tu makin banyak sekarang ni (ada baca metro minggu lepas pasal santau berdarah?) so aku letakkan 50/50 je la kemungkinan tu.
Hope tu bkn sbb penyakit leukemia dia la. Kepada para pengamal ilmu2 hitam ni(wpun aku tau diorg takde masa nak baca blog aku ni.hehe) ni aku ada pesanan khas dan idea bernas ni. Kalau korang nak lagi kaya, apakata korang pukau bank ataupun kedai2 besar macam Giant ke, Carefour ke Mydin ke? Lepas tu korang masukkan semua duit tu dalam beg dan blah. Tak pun terus bank-in kan kat bank yg korang curi tu?
Ala jgn bimbangla psl CCTV...pukau pak guard tu sekali dan bawak tape dia lari. Tu la...selain terer psl pukau2 orang, korang kena juga belajar teknologi2 ni supaya kerja memukau dan menyantau lebih efisien. Dan korang juga kena ada blog sendiri untuk cari pelanggan. Err..jgn lupa add link ke sini yer...
Kreatif nyer korang, pakcik!
Friday, May 1, 2009 Pict LawaOK jom usha:
Sbnrnya ada bnyk pict..tp xtau la error apa yg muncul tu sampai 1 pict ni je aku dpt uploadkan. Suri la yer para suri rumah....
Fuhhh...setel 1 entri baru(sambil lap dahi).
Leukemia - Berapa lama lagi kata doktor?
Tuesday, April 28, 2009 Kisah Aku, LeukemiaBesoknya, dia tak kerja. Dia baring saja kat bilik. Aku masuk bilik dia. Aku nampak dia lemah sangat. Pucat je. Ubat2 dia yang banyak tu merata2 kat sebelah tilam.
"Bila start sakit perut ko ni?" Tanya aku.
"Semalam lagi...cirit birit kot" jawab member aku ni.
Aku cakap, minum la ubat yg bijik2 tu. Tu bagus untuk cirit birit. Dia kata dia dah minum ENO. Aku cakap kat dia yang ENO tu untuk buang angin dalam perut. Bagus makan ubat sakit perut tu.
"Ko keracunan makanan kot. Ko ada saspek apa2 tak yg ko mkn semalam?". Aku try nk siasat.
"Ada..nasik lemak kat pasar malam tu. Tengah malam tu aku muntah darah berketul2 pastu muntah darah cair. Lemah gila badan aku ni".
Kesian gak aku ngan dia. Kalau tak sembuh2 gak, ingtkan nak suruh gi klinik. Dia kata, makanan tak dpt masuk perut. Nak termuntah. Aku saspek jugak psl cacing ke apa.
Malam.
Dia datang ke ruang tamu depan tv. Baring dan tak banyak cakap. Dia pesan kat housemate aku lg sorg belikan ban dan air. Air tu pun dia tak minum sampai separuh tin. Tiba2 dia meniarap dan cakap kt aku...minta tolong leh? Tolong pijak belakang aku. Sakit btol la badan ni. Aku pun pijak la cket2. Sian gak kt dia.
Then sorg housemate aku balik. Oleh sbb kdaan member ni tadi dah lemah sgt dah, ktorg suggest dia pg hospital. So dia kata pg hosp ampang. Aku tak follow. Diorg je pegi. Dalam pukul 11.30pm housem8 aku balik. Tp tinggal sorang je.
"Mana arif?" Aku tanya member td.
"Masuk wad. Dia bukan sakit cirit birit biasa tu. Tu kesan2 penyakit leukemia dia tu la. Doktor tahan dia.."
Aku terkejut. Aku mmg dah lama tau dia ni ada kanser/leukemia ni tp xsangka plak yg semalam tu sebab penyakit ni. Sekarang dia masih kt hosppital. Mungkin kena tahan berhari2, berminggu ataupun sebulan.
Baru 2 bulan lepas family dia datang dan bawak dia ke hospital. Tah apa ntah diorg buat dengan tulang sum-sum tu. Aku tak faham sgt. Tp memang ada kesan kena tebuk kt belakang pinggang dia tu mcm dalam citer Autumn in My Heart tu. Doktor pun pernah putuskan hayat dia cuma tinggal untuk beberapa thn je lg. Dia sndiri yg bgtau. Tp dia steady je...still keja dan teruskan minat dia. Moga dia cepat sembuh...
Siapa yg tutup pintu tu?
Friday, April 24, 2009 Kisah Aku, Misteri sikit2 malam lepas, aku tengah menghadap laptop di ruang tamu sambil menonton tv. Bilik di kananku kosong. Bilik di kiri ada 2 orang kawan tengah main game. Bilik di belakang ada seorang kwn. Mungkin dah tidur.
Jarak bilik di kanan dalam 3 meter je. Tiba2, "Paaappp!!" Bunyi pintu bilik di kanan kena hempas. Aku toleh arah tu. "Bila masa kwn aku masuk situ? Dia kan kat bilik di kiri tgh main game?". Aku bangun dan buka pintu bilik tu untuk kepastian. Takda orang.
Kawan aku tu pun datang. Dia kata dia dengar bunyi pintu kena hempas tadi. Tengok2 tingkap terbuka. Kawan aku tu yg buka. Bimbang kalau2 pencuri yg masuk, kitorg cek semua barang. Laptop dan handset masih ada. Angin ke yg tolak pintu? Tak mungkin. Sebab kalau ada pokok lalang kat situ waktu tu pun belum tentu lalang tu bergoyang sebab angin sepoi2 bahasa pun takda. Inikan pula angin kuat. Aku senyum tengok kwn tu. Dia faham dan dah start cuak.
Malam seterusnya.
3 orang housemate aku pergi ke kajang. Aku on the way balik rumah. Singgah kejap di kedai makan untuk makan malam. Sorang kwn ada di rumah. Dia la kawan yg main game di bilik sebelah kiri tu malam tu. Bilik yg kena malam tu adalah bilik kwn sorg lagi di sebelah kanan tu.
Kawan tu main game dan dia biarkan pintu terbuka. Tengah kusyuk2 main game, tiba2 dia sedar pintu bilik tu sedang ditutup secara perlahan. Kemudian tombol pintu tu dipulas dan pintu ditutup secara penuh perlahan. Dia sempat lagi nampak kejadian tu. Dia yang takut terus buka pintu tu takut2 terkunci di dalam.
Tanpa wallet dan handphone, dia lari keluar dan masuk ke dalam kereta. Sebab dah takut sangat, dia ronda2 je mana yang mampu. Nak call gf ajak jumpa, handset tak bawa. Nak lepak kat kedai mamak, duit pulak tak bawak. Hahaha. Lawak tol la. Peristiwa berlaku waktu dekat2 pukul 10. 11 lebih baru dia balik rumah. Dan aku sebagai hero pun sampai. Cehh! =p
Kawan tu kata, stail pintu tu kena tutup adalah stail aku tutup pintu. Sebab cara aku tutup pintu adalah dengan slow motion supaya tak mengganggu orang yg tidur. Ada housemate aku yg suka main hempas je pintu.
Esoknya. Hari ni.
Aku lepak di ruang tamu watching tv. Aku tak tau pintu di bilik kanan tutup ke buka. Tiba2 aku dengar pintu tu kena tutup secara perlahan. Aku tengok. Oh, angin yang tutup. Biar je la. Aku releks je teruskan aktiviti menonton. Tiba2, lagi sekali pintu yg sama ditutup dengan kuat. Aikk, camner pintu yg sama boleh ditutup 2 kali? Pelik dgn kejadian tu aku pergi cek. Aku buat kesimpulan positif yg bunyi tutup pertama tu tak tutup habis. Sebab tu yg kedua tu tutup lagi sekali.
Kawan aku kata tu jin yg keluar dari badan aku. Dia suruh aku panggil masuk balik. Gila apa? Hehe. Mungkin perasaan je ke benda2 tu semua? Tapi macammana perasaan kalau benda tu jadi waktu kita tak terfikir langsung pasal benda2 tu.
Nampaknya, ada juga makhluk yang suka main tutup2 pintu. Harap2 lepas ni takda yang main buka2 pintu nanti senang pulak pencuri nak masuk. Tapi, siapa yg tutup pintu tu?
Ko, kau, u, kamu, awak dan Nama
Thursday, April 23, 2009 Entri KHAS, Kisah AkuUntuk perbualan dengan member sesama jantina, tak banyak sangat perbezaan dari segi pemilihan kata ganti nama kedua tu. Sebab bagi aku, memang dua tu je yg aku guna. Takkan nak guna 'anda' pulak dengan member sendiri kn?
Cuma kalau sampai kat komunikasi dengan para anak gadis merangkap para aweks, aku akan pilih daripada senarai kata nama kedua untuk digunakan. Bergantung kepada kesesuaian dan tahap rapatnya dengan awek tu.
So, apa antaranya?
Kau & ko aku jarang guna untuk panggil budak2 pmpuan ni. Bukan apa, aku rasa panggilan tu agak kasar sikit so aku kalo boleh nk elakkan penggunaan ni untuk diorg. Hati diorg kan lembut, so kena la jaga. Ceh, baik kunun!. Hahaha.
Tapi tak semua aku tak panggil 'kau & ko' ni. Ada juga yang aku panggil gitu. Sebab apa? Sebab diorg layak dipanggil gitu. Ada dulu budak pmpn tu aku layan lembut je. Guna cara biasa aku layan mmber pmpn len. Tp stail dia bcakap tu brutal sgt and level of respect dia kt orang lain yg agak kureng membuatkan dia sesuai aku bahasakan sbg 'kau' dan 'ko' sahaja. Bila dah guna panggilan tu, so cakap pun bole la men lepas je. Biar rasa cket. hehehe. (Exception kepada sumandak2 dari sabah untuk ni sebab 'ko' mmg diorg biasa guna. Kdg2 tu dgn bf pn diorg ber'ko' aku je. So, sumandak2 sbh tak termasuk yer dong)
Tp bukanlah aku nak maksudkan yang mana2 awek kt sini yg mmber laki korg pggl korang 'kau & ko' tu sbg tak berapa ladies. Ni untuk aku je. Untuk laki lain, sure ada cara diorg sendiri kn?
Ada juga mmber2 pmpn yg bahasakan orang dengan panggilan 'you'. Biasanya dekat SMS. Wpun agak geli usus besar, I pun terpaksa la join guna 'I' n 'you' jugak. Hahaha. Sekali sekala rasa jadi mcm orang2 kaya spa-Q ni apa la slhnya kan. Kui2. Eh, I xtgok citer spa-Q taw. I tgok iklan jew.
'Kamu' ni adalah jalan selamat kalau tak kan nampak soft dan kasar sgt kt sorg2 awek tu. Mungkin sebab awek tu biasa guna panggilan tu so aku pn akan guna tu jg. Wpun panggilan tu tak berapa mesra, tp bagi aku dia tak kasar sangat. Tp kalo boleh, aku try nk elakkan guna ni.
'Awak' pulak aku guna untuk panggilan kepada awek2 dari semenanjung ni. Sebab kalo awek dari sarawak panggilannya 'kitak' n kalo dari sabah takkan nk panggil awak pulak kn. hehe. So, 'awak' ni biasanya aku guna untuk tegur awek yg aku tak kenal secara sopan. Juga untuk berborak dgn kwn2 pmpn yg dh lama kenal dan ada unsur ke'ladies'an yg membuatkan diorg sesuai dipanggil begitu. In fact, semua diorg layak dipanggil begitu selagi mana tak jatuh ke panggilan 'kau & ko' ikut yg pertama tadi.
Panggilan yg plg spesel adalah apabila awek tu dipanggil dengan menggunakan namanya. Contohnya nama org tu stacy(stacy af6)...aku akan cakap camni. "Mana stacy simpan gambar kita date kat 1borneo hari tu?". Tu contoh je la
Aku tak tau la org len camner. Sekadar nak tambah entri je ni. Yezza!
Allah selamatkan Syahir~~
Monday, April 20, 2009 Entri KHAS, Selamat Hari LahirAllah selamatkan Syahir....
Allah selamatkan abg Syahir....
Allah selamatkan Syahirrr~~~~
Moga kehidupan ini akan terus dalam perlindungan dan hidayah Allah selamanya. Selamat hari lahir Syahir @ mr Perisik @ diri sendiri. Amin..
Anas Tahir - adik Faizal Tahir
Sunday, April 19, 2009 Youtube"Allah Knows"-(Zain Bikha) by Anas Tahir
cover "Belaian Jiwa" Innuendo-Anas Tahir
Tapi Bukan Aku Koq by Anas feat Akbar
Sempurna Koq by Anas feat. Akbar
Bnyk lg vids len. Gi la tgok kalo minat.
Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang & agar kenderaan tidak dicuri
Entri KHAS, Jin dalam Tubuh, Petua cara Islam, Rawatan IslamEntri ini diambil dari http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dengan tujuan untuk berkongsikan ilmu yg ada di sana kepada pengunjung blog ni. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dan jangan lupa add link ke sana sbg sokongan kita kepada usaha pemilik blog tersebut. Terima kasih.
***
Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang
Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,
Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.
Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.
Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal.
Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,
Amalan tersebut adalah yang berikut:
1. Al-Fatihah 7x.
2. Al Fath 1-3 7x
1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
3. Al Khafi Ayat 19 7x
19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
4. Surah Al-Ikhlas 7x.
5. Selawat 7x.
6. Ya Allah 3x.
7. Kemudian wirid dibawah 119x.
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.
Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.
Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.
Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.
Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.
***
Ikhtiar agar kenderaan tidak dicuri
Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.
Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking. Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.
Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.
WALLAHUALAM.
Rakaman dialog dgn Jin - Mari dengar sama2..
Thursday, April 16, 2009 Jin dalam Tubuh, Rakaman dialog dengan JinMari sama2 kita dengar rakaman perbualan Ustaz Jumadi dengan jin di dalam tubuh pesakit. Rakaman ni adalah rakaman betul yg ditunjukkan oleh ustaz Jumadi di hadapan para pelajarnya.
Sebenarnya ada 4 rakaman tetapi saya kongsikan ni sahaja di sini. Jin itu berdialog dengan ustaz selepas dibacakan petikan2 ayat al-Quran yg digelar Ayat-Ayat Ruqyah. Sila click player utk mainkan rakaman ini:
Pengasas Pusat Rawatan Darul 'Ilaaj di Pasir Gudang, Johor. Pendidikan: B.A Bahasa & Sastera Arab, Al-Azhar University. Degree in Homoepathy Medicine - Brantridge University, England. P.H.D in Naturopathy - Brantridge University, England. Dip. in Yunan Herbal Practice - Alternative Medicine Academy.
Video Ustaz Majid buang Jin dari tubuh pesakit
1) Kalau nak tengok video rawatan membuang jin dari tubuh pulak, kwn2 sumer leh tonton Ustaz Majid buang jin dan sihir sini.
2) Nak tengok lagi banyak video ustaz Majid rawat pesakit dan buang jin dari tubuh pesakit, boleh lawat http://akrine.blogspot.com
3) Untuk pengetahuan, ustaz Majid pernah muncul di rancangan Expose Mistik, Astro Prima.
Lepas baca2, tonton dan dengar pengalaman2 ni semua barulah aku tau yg rupanya jin boleh jadikan badan manusia sebagai tempat tinggal tanpa kita sedar. Kadangkala sampai beribu2 ekor. Ada yang masuk sendiri sebab minat kat seseorang tu, ada yg dihantar oleh org yg hasad dengki dgn tujuan nak mengganggu dan ada juga jin yg masuk sebab nk mengambil kesempatan.
Mungkin kita rasa kita normal, tapi kita tak tahu bahawa sebenarnya dlm diri kita ada 7 ekor jin yg dah tinggal bertahun2 dah. Perkara biasa tu untuk jin tinggal berpuluh2 tahun dlm tubuh kita selagi tidak dikeluarkan.
Datangnya jin ke dalam tubuh dengan pelbagai misi. Ada yg dtg untuk memecah belahkan rumah tangga sampaikan suami isteri bercerai. Ada yang untuk bawak penyakit dan macam2 lagi. Mari kita sama2 amalkan bacaan surah al Fatihah, ayat2 lazim, ayatul Kursi dan doa2 lain terutamanya doa Nabi Sulaiman. Jin2 amat takutkan ayat2 tersebut dengan izin ALLAH.
Adakah anda pasti tubuh anda sekarang tidak didiami jin?
Update:
1) Doa Memagar diri
Membaca zikir berikut setelah shalat shubuh:
لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ اللهُ ÙˆَØْدَÙ‡ُ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙ‡ُ Ù„َÙ‡ُ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ ÙˆَÙ„َÙ‡ُ الْØَÙ…ْدُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‚َدِÙŠْرٌ
Tidak ada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya, seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
Seratus kali, sebuah hadist shahih yang diriwayatkan dari nabi shallallahu `alaihi wa sallam," barang siapa yang mengamalkannya dalam satu hari, pahalanya sama dengan memerdekakan sepuluh orang budak, dituliskan untuknya seratus kebajikan, dihapuskan darinya seratus kesalahan, dan di hari tersebut dia terjaga dari gangguan syaitan hingga petang, dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali orang yang mengamalkan lebih banyak darinya." HR.Bukhari-Muslim.
Al-Baqarah 1-4, 255-257, 284-286, insyALLAH
3) Ayat elak Jin Keluar masuk badan
Doa nabi Yunus
Apa kata anda niat nak cek kehadiran makhluk Jin ni dlm tubuh anda sendiri dgn membaca ayat2 rukyah di bawah? Ustaz baca ayat ni tadi. Ni mmg bacaan lazim para perawat. (Tp aku nasihat dgn kehadiran org ketiga la. Cuak gk aku...;p)
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah
No | Nama Surah | Juzuk | Ayat |
1 | Al-Fatihah | 1 | Seluruhnya |
2 | Al-Baqarah | 1 | 1-5 |
3 | Al-Baqarah | 1 | 102 |
4 | Al-Baqarah | 2 | 163-164 |
5 | Al-Baqarah (Ayatul Kursi) | 3 | 255 |
6 | Al-Baqarah | 3 | 285-286 |
7 | Ali-Imran | 3 | 18-19 |
8 | Al-'Araf | 8 | 54-56 |
9 | Al-'Araf | 9 | 117-122 |
10 | Yunus | 11 | 81-82 |
11 | Toha | 16 | 69 |
12 | Al-Mukminun | 18 | 115-118 |
13 | As-Soffaat | 23 | 1-10 |
14 | Al-Ahqaaf | 26 | 29-32 |
15 | Ar-Rahman | 27 | 33-36 |
16 | Al-Hasyr | 28 | 21-24 |
17 | Al-Jin | 29 | 1-9 |
18 | Al-Ikhlas | 30 | Seluruhnya |
19 | Al-Falaq | 30 | Seluruhnya |
20 | An-Naas | 30 | Seluruhnya |
100 Tokoh Paling Berpengaruh- Siapa Tercalon dari Malaysia?
Wednesday, April 15, 2009 100 Time's FINALIST, PolitikTahun ni, siapa pula yg tersenarai? Adakah PM baru kita? Bukan. Beliau tak tersenarai.
Antara tokoh yg tersenarai dalam World's most influential People in 2009
Datuk Seri Anwar Ibrahim....
Ini adalah kali kedua semenjak 2008.
Setakat ni beliau berada di tangga ke-2 daripada 206 calon. Hanya 100 orang dicari. Ranking ni akan berubah lagi nanti dan kedudukan dia pun akan turun juga, tapi pastinya takkan lebih daripada 100. Kalau nak undi, silalah undi di sini. Hehe. Kalau sekadar nak usha2 ranking, usha kat sini. Kalau nak usha awek plak? Luu pikirla sendiri nk usha kt mana. Haha.
Tu je. Salam.
Award KHAS untuk rama-rama
Sunday, April 12, 2009 Award, Entri KHASKalau aku tak silap, ada 3 orang follower aku
Kenapa 3 orang shj yg menerima award?
- Kerana kebetulan mereka menggunakan konsep yg sama iaitu rama2.
Kenapa kedekut sangat? Bagilah banyak sikit.
- Award ni didesign khas. Nanti2 la untuk orang lain. Letih ooo.
Apa yg bestnya dpt award ni?
- Tak best ke dpt award yg ada pict dan url blog korang? Lawa lak tu. Haha.
Apa nak wat dgn award ni?
- Kalau tu pun nak tanya aku, payah la. Pegi jual kat bukit bintang malam minggu ni.
- Dipersilakan edit award tu jika anda rasa nak edit. Tp copyright ttp blog ni punya. Hehe.
- Boleh letakkan di blog anda selama2nya ataupun jadikan warisan dan pusaka.
Mana awardnya?
- Sabar la sikit. Kat bawah post ni la. Xpandai sabar...ish3.
Mana? Tak nampak pun awardnya?
- Mmg sah gelojoh. Orang kata kata bwh entri ni la cik adikkkk.
Berapa ringgit dan apa nombor akaun untuk pembayaran?
-
Penerima2nya adalah.......(bunyi drum)
1. Cik rama-rama : http://duniamu-duniaku.blogspot.com/
Sengaja saya letakkan ruang kosong sedikit di bahagian atas. Kot2 cik yan nak edit pict ni lepas ni. Dengan ini cik Yan dianugerahkan gelaran C.A.M Puteri rama2.
Ni ala2 logo utk cik lea. bley guna kt blog. =)
3. Cik JunNie : http://ju3li3.blogspot.com/
Disebabkan kekurangan maklumat dan photo, maka terdapat sedikit kekurangan ketika menyiapkan award ini. Namun begitu, award ini masih mempunyai nilai yg sama dengan award2 di atas. Tahniah kepadaaaaa....cik JunNieeeee
Post ini tiada makna...JANGAN BACA.
Friday, April 10, 2009 Entri KHASPost ni tiada makna. xda apa2 yg menarik nk disebut kt sini.
Cuma nak bagitau yg waktu entri ni ditaip, jam komputer menunjukkan 12:09 AM.
Mungkin waktu ni blogger lain dah tidur.
Aku harap, besok diorg xkan baca post ni sebab post ni xda makna.
Menghargai award...syukria!
Thursday, April 9, 2009 AwardSbg tanda penghargaan, saya pamerkan di sini.
Ada award juga untuk cik lea atas kesetiaan bersama blog ni nanti. Kite wat yg lawa2 tau. =p (dgn nada manja...wahaaa). Anyway, vahat shukria! Nandrey...
Update:
Selepas beberapa detik(di Indonesia detik bermaksud saat), baru hamba sedar rupanya ada 1 lg award yg diterima. Dari sapa? Mestila dariiiii....(bunyi dram) Cik rama-rama. Meh hamba tampalkan di sini sebagai tanda penghargaan.
Macam biasalah, ucapannya adalah....jangan lupa bagi lagi. Dgr2 cerita kalao dh dpt 10 award boleh redeem RM1000 dari tuan yg bagi award tu kan kwn2? 09/04/2009
Barisan kabinet abg Najib
Politikok nk test, semalam sapa menteri belia dan sukan? Sapa? Bapa Dafi? Datuk Ismail Sabri tu? Betullll....ok2 soalan baru, besok pulak sapa menteri belia dan sukan? Bapa Dafi juga? Hahaaaaa salah!!!!! Potong markah bg jwpn betul td. Markah terkumpul anda skrg adalah kosong.
Ni senarai kabinet baru abang najib.
Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen
Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri
Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah (sen)
Kewangan
(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak
(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)
Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)
Pengangkutan
Datuk Seri Ong Tee Keat
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zakarshi (timbalan)
Dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)
Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Joseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)
Tenaga, teknologi hijau dan air
Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)
Pembangunan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Hassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)
Pengajian tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Pelancongan
Datuk Dr Ng Yen Yen
Pertanian dan perniagaan asas tani
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)
Pertahanan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kerja raya
Datuk Shaziman Mansur
Kesihatan
Liow Tiong Lai
Belia dan sukan
Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)
Pembangunan sumber manusia
S Subramaniam
Perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Luar
Datuk Anifah Aman
Wilayah persekutuan
Ok soalan last, sapa nama AGONG kita skrg?