Showing posts with label Jin dalam Tubuh. Show all posts
Showing posts with label Jin dalam Tubuh. Show all posts
7

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang & agar kenderaan tidak dicuri

Assalammualaikum.

Entri ini diambil dari http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dengan tujuan untuk berkongsikan ilmu yg ada di sana kepada pengunjung blog ni. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dan jangan lupa add link ke sana sbg sokongan kita kepada usaha pemilik blog tersebut. Terima kasih.

***

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,
Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.

Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,


Amalan tersebut adalah yang berikut:

1. Al-Fatihah 7x.


2. Al Fath 1-3 7x



1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

3. Al Khafi Ayat 19 7x


19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


4. Surah Al-Ikhlas 7x.

5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.



8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.

***

Ikhtiar agar kenderaan tidak dicuri

Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.

Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking. Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.


Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.
10

Rakaman dialog dgn Jin - Mari dengar sama2..

Asslmlkm w.b.t...

Mari sama2 kita dengar rakaman perbualan Ustaz Jumadi dengan jin di dalam tubuh pesakit. Rakaman ni adalah rakaman betul yg ditunjukkan oleh ustaz Jumadi di hadapan para pelajarnya.

Sebenarnya ada 4 rakaman tetapi saya kongsikan ni sahaja di sini. Jin itu berdialog dengan ustaz selepas dibacakan petikan2 ayat al-Quran yg digelar Ayat-Ayat Ruqyah. Sila click player utk mainkan rakaman ini:










Profile Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar:

Pengasas Pusat Rawatan Darul 'Ilaaj di Pasir Gudang, Johor. Pendidikan: B.A Bahasa & Sastera Arab, Al-Azhar University. Degree in Homoepathy Medicine - Brantridge University, England. P.H.D in Naturopathy - Brantridge University, England. Dip. in Yunan Herbal Practice - Alternative Medicine Academy.

Video Ustaz Majid buang Jin dari tubuh pesakit

1) Kalau nak tengok video rawatan membuang jin dari tubuh pulak, kwn2 sumer leh tonton Ustaz Majid buang jin dan sihir sini.

2) Nak tengok lagi banyak video ustaz Majid rawat pesakit dan buang jin dari tubuh pesakit, boleh lawat http://akrine.blogspot.com

3) Untuk pengetahuan, ustaz Majid pernah muncul di rancangan Expose Mistik, Astro Prima.

Lepas baca2, tonton dan dengar pengalaman2 ni semua barulah aku tau yg rupanya jin boleh jadikan badan manusia sebagai tempat tinggal tanpa kita sedar. Kadangkala sampai beribu2 ekor. Ada yang masuk sendiri sebab minat kat seseorang tu, ada yg dihantar oleh org yg hasad dengki dgn tujuan nak mengganggu dan ada juga jin yg masuk sebab nk mengambil kesempatan.

Mungkin kita rasa kita normal, tapi kita tak tahu bahawa sebenarnya dlm diri kita ada 7 ekor jin yg dah tinggal bertahun2 dah. Perkara biasa tu untuk jin tinggal berpuluh2 tahun dlm tubuh kita selagi tidak dikeluarkan.

Datangnya jin ke dalam tubuh dengan pelbagai misi. Ada yg dtg untuk memecah belahkan rumah tangga sampaikan suami isteri bercerai. Ada yang untuk bawak penyakit dan macam2 lagi. Mari kita sama2 amalkan bacaan surah al Fatihah, ayat2 lazim, ayatul Kursi dan doa2 lain terutamanya doa Nabi Sulaiman. Jin2 amat takutkan ayat2 tersebut dengan izin ALLAH.

Adakah anda pasti tubuh anda sekarang tidak didiami jin?

Update:

1) Doa Memagar diri

Membaca zikir berikut setelah shalat shubuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tidak ada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya, seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

Seratus kali, sebuah hadist shahih yang diriwayatkan dari nabi shallallahu `alaihi wa sallam," barang siapa yang mengamalkannya dalam satu hari, pahalanya sama dengan memerdekakan sepuluh orang budak, dituliskan untuknya seratus kebajikan, dihapuskan darinya seratus kesalahan, dan di hari tersebut dia terjaga dari gangguan syaitan hingga petang, dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali orang yang mengamalkan lebih banyak darinya." HR.Bukhari-Muslim.


2) Ayat Pagar Rumah

Al-Baqarah 1-4, 255-257, 284-286, insyALLAH

3) Ayat elak Jin Keluar masuk badan

Doa nabi Yunus



Apa kata anda niat nak cek kehadiran makhluk Jin ni dlm tubuh anda sendiri dgn membaca ayat2 rukyah di bawah? Ustaz baca ayat ni tadi. Ni mmg bacaan lazim para perawat. (Tp aku nasihat dgn kehadiran org ketiga la. Cuak gk aku...;p)

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah

No Nama Surah Juzuk Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-'Araf 8 54-56
9 Al-'Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya


Wallahualam...Semua berlaku dengan izin ALLAH.