2

Pada-Nya jua kita dikembalikan....

Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jua kita akan dikembalikan....

Ptg ni aku dapat berita berkenaan mak kepada kawan aku telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yg mendapat rahmat. Amin ya Rabbal alamin...

Setelah melalui penderitaan yg agak panjang lantaran perasaan dengki manusia dengan bantuan dan tipu daya syaitan, akhirnya ptg tadi semua penderitaan mak kawan baik aku berakhir apabila rohnya kini dijemput Allah untuk kembali kepadaNya. Baru semalam kami berborak pasal beliau.

CCTV yg kawan aku beli hari ni dengan tujuan untuk dibawa balik untuk merakam siapa yg selalu menanam barang2 sihir di sekeliling rumah tu nampaknya tak sempat nak digunakan. CCTV tu skrg ditinggalkan di bilik dan kawan aku sekarang dalam perjalanan ke LCCT untuk kejar tiket emergency supaya dapat segera sampai ke rumah malam ni sebelum jenazah dikebumikan. Semoga dia sempat bertemu jenazah maknya untuk kali terakhir.

Rancangan kami juga untuk bertemu ustaz Majid untuk tujuan mengubati maknya juga nyata tak diberikan kesempatan. Tapi tak pa lah, semua ni pastinya akan ada hikmahnya. Sepanjang beberapa lama aku kenal dgn kawan ni, aku dapati dia mmg sorg anak yg paling baik. Terlalu ambil berat pasal keluarga terutama kepada maknya.

Tadi dia menangis depan aku. Teresak-esak dia bagitau aku pasal tu. Biasanya aku dapat bagi dia apa2 nasihat yg patut. Tapi tadi aku hanya diam je sambil turut termenung. Aku jadi speechless. Aku tak tau nak kata apa. Aku harap dia pun faham. Tapi lepas tu dia nampak dah ok sikit.

Tu je kali ni, semoga roh arwah dirahmati Allah s.w.t...

2 comments:

Lifesaver said...

innalillah..harap emak kawan berada dalam golongan beriman. amin. al fatihah and takziah

pink_butterfly said...

speechless jgk..

xtau apa nak ckp...juz support ur friend now n then... he really needs it...