5

Celcom Berukband yg mcm tuuuut...

Post ni layak kat twitter je sbb pendek sangat. Tp memandangkan aku takda twitter so aku bantai la kat sini pon. Aku nak tanya satu soalan, kalau pengguna celcom broadband keluar ke CC semata2 untuk buka emel dan login facebook apa maknanya?

Adakah bermaksud dia seorang yg kaya raya dan mahu buang duit di cc sebab duit tak tau nak buang kat mana dah? Duit dah tak tau nak campak mana? Atau saja nak buang minyak moto? Atau bosan duduk kat rumah? Atau sebab celcom broadband yg selow giler tahap berukband?

Antara semua plhn jawapan tu yg paling tepat adalah pilihan terakhir. Ditambah lagi dengan soalan, apakah persamaan antara celcom broadband dan siput babi?Betul. Kedua2nya lambat. Lambat macam apa...mcm batuuuuuutttt...disebabkan perbezaan yg amat tipis tu antara siput babi dan celcom broadband, kadang2 agak sukar untuk mengenal pasti samaada yg kita pijak time pagi2 tu adalah seekor siput babi ataupun celcom broadband. Begitulah perumpamaannya.

Sekarang aku kat cc. Sebab tadi aku try login facebook dah bagi 20 minit pun tak masuk2 jugak. Celcom tak rasa ke diorg makan duit haram? Bukan aku sorg. Housemate aku kata nak terminate akaun dia besok. Aku kata bfore terminate, tolong maki2 sikit ya. Hehehe. Geram punya pasal.

Semalam aku try beli topup dari pukul 11 kat maybank2u. Sampai pukul 12 aku try masih jgk tak mampu2 nak masuk ke maybank2u. Aku keluar cepat2 g cc. Sampai kt cc baru aku perasan yg maybank2u dah start buat maintenance dah waktu tu. Mula pukul 12 tiap malam. Kalau bkn psl celcom berukband td dah lama aku dapat kredit.

Lepas tu aku balik umah. Sampai lebih kurang 1.30 gitu dapat jugak aku masuk maybank2u guna berukband tadi. Aku try la beli topup celcom RM10. Tau apa yg jadi? Bila complete je payment aku dan sepatutnya aku akan dibawa ke laman PIN topup tu celcom berukband ni cepat2 down. Apa kesannya? Kesannya, duit dari maybank2u aku kena potong dan PIN topup tu aku tak dapat. Buat aku nak mencarut. Aku tak suka mencarut tapi semenjak dua menjak ni aku asek je mencarut dan diikuti oleh perkataan celcom.

Dah lama sangat sabar last2 pecah jugak. Kalo korang tak caya kan, try search kat pakcik google "celcom broadband macam sial". Tengok apa orang lain kata. Huhu.

Aku rasa tagline Celcom Broadband patut ditukar menjadi "Celcom broadband, Melatih Kesabaran"

Tau tak apa kesan celcom broadband kat hidup aku? Aku amek dua contoh tadi je. Pertama aku tak dapat login facebook kan? Kedua aku tak dapat nak beli topup. Begini, bila aku dapat login facebook mungkin ada awek2 yg nak add aku ker...nk berkenalan ke...nak mesej2..nk chat ker...mungkin la kan..sapa tau? hehe...tapi bila celcom berukband ni selow sgt, dan aku tak dapat login, melepas la peluang tadi. Btol x?

Kedua, bila aku nak topup cepat2 maknanya sebab aku perlu reply mesej orang. Mungkin juga mesej dari mereka yg berjanitna awek, kan? Tapi bila dah jadi macam yg aku sebut kat atas tadi mana2 awek pun akan bengang sbb aku tak reply cepat2. Last2 merajok dan terus hilang.

Eh korang nampak tak apa kesan secara langsung celcom berukband ni kat idop aku? Kesannya kan, sampai sekarang aku masih single. Sebab tu ada filem i'm single tu. Ilham dari kisah aku tu rasanya. Tapi aku tak tengok cerita tu sbb aku tak suka farid kamil. Eh farid kamil ke yg berlakon? Ahh biarla dia. Aku stori pasal celcom berukband rupanya td. Hehe.

Ok la aku harapa celcom berukband ni akan improve. Kalau tak pun aku harap lepas ni Dato' Seri Tony Fernandez join jgk bisnes broadband ni kat Malaysia. Buat macam dia buat kat airasia. Barulah aku tak menyingle selamanya, kan? Err...ada tak awek2 yg single baca entri aku ni? Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk mendapat respon selanjutnya k. Haha :D

Aku ingtkan entri ni pendek, panjang giler rpanya...mmg layak masuk blog. hehe

salam.

5 comments:

Lifesaver said...

aku guna ok plak...

Yankum3~ said...

sabar ye wahai encik...
kdg2 dy OK...kdg dy xOK...
standard laa 2 bile dh ramai sgt org gune...
bape speed awk nye broadband 2??

Zuewairy said...

Salam~
yeah..agree wif u~

jom tukar ke..
potong..potong..potong

pink_butterfly said...

celcom berukband=spesis terbaru siput bab*

Anonymous said...

nama pun berukband lembap cam siput da la tu siap ada policy 5g kepala otak diorang da la bayar bulan2 speed pulak kena kawal puih! nasib ko berukband p1max tak meluas lagi kalau tak lama da aku campak berukband 5g ni