9

Kena santau? Pukau? ermmm..

Ingat lagi entri pasal housemate aku leukemia tu? Memang betul dia leukemia. Tapi ingt lagi tak pasal dia muntah2 darah tu? Katanya mungkin sebab keracunan makanan. Tapi doktor pun tak pasti sangat pasal tu.

Mungkin peristiwa 2 malam sebelum tu ada kaitan? Dia dalam bas perjalanan jarak jauh dari johor ke serdang. Travel malam dan sampai dalam pukul 10 pm. Dalam bas ada sorg lelaki dari negara jiran. Kawan aku ni tidur dan cover badan guna jaket cover badan.

Nak dipendekkan cerita, bila dia sampai R&R serdang dia pun turun dan balik rumah kitorg. Peliknya, sampai kat rumah baru dia sedar yg beg duit yg ikat kat perut dia tu hilang. duit dalam tu ada dalam RM800. Juga IC dan kad2 bank serta lesen. Hilang!

Tengah malam tu juga kitorg(3 org) ke KL cari bas tu. Bas KKKL Batu pahat-KL. Semua port bas tu parking kat KL kitorg raun. Memang tau duit tu takkan jumpa. Tapi sekurang2nya ada IC, lesen dan kad bank yg tinggal. Tapi malangnya, tak jumpa juga. Besok paginya baru kawan ni dapat jumpa bas tu.

Malam lepas tu la kawan start sakit perut dan muntah darah. Sampai la dia masuk ICU besoknya malamnya. Beberapa hari lepas tu dia keluar hospital dan family dia suruh balik kampung. Malam ni dia dah balik rumah kat serdang ni. Tapi lain sikit stail dia. Dia sbnrnya agak aktif gak. Tapi tadi tengok mcm bersopan santun sikit. Hehe. Cakap pun agak lemah lembut la sikit.

Rupa2nya dia cakap dia rasa mamai semenjak malam tu sampai la sekarang. Rasa panas semacam je dalam badan. Dia kata mak dia cakap mungkin dia terkena pukau ke santau ker. Tapi bapa dia tak suruh percaya mender2 tu. Aku pun tak yakin sangat yg dia kena benda tu tapi oleh sebab aku tau yg benda2 mcm tu makin banyak sekarang ni (ada baca metro minggu lepas pasal santau berdarah?) so aku letakkan 50/50 je la kemungkinan tu.

Hope tu bkn sbb penyakit leukemia dia la. Kepada para pengamal ilmu2 hitam ni(wpun aku tau diorg takde masa nak baca blog aku ni.hehe) ni aku ada pesanan khas dan idea bernas ni. Kalau korang nak lagi kaya, apakata korang pukau bank ataupun kedai2 besar macam Giant ke, Carefour ke Mydin ke? Lepas tu korang masukkan semua duit tu dalam beg dan blah. Tak pun terus bank-in kan kat bank yg korang curi tu?

Ala jgn bimbangla psl CCTV...pukau pak guard tu sekali dan bawak tape dia lari. Tu la...selain terer psl pukau2 orang, korang kena juga belajar teknologi2 ni supaya kerja memukau dan menyantau lebih efisien. Dan korang juga kena ada blog sendiri untuk cari pelanggan. Err..jgn lupa add link ke sini yer...

9 comments:

Nur Farhana Abdullah said...

Encik perisik.. Hak hak hak.. Gelak brguling2 baca the later half of this entry.. Huuhuu.. Btol tu, nape la nk dok pukau santau org ni kan.. Pi la pukau yg ala2 bnyk duit.. Huhu.. =p

Perisik SR said...

Haa ada org setuju..
bole la ni jd partner nnt..
psst2..

anis said...

hurm ..
mcm2..
awat sadis sgt kwn kamu tu?

pink_butterfly said...

ksiannya kwn tu....

ehem2, kwn syah 2 ensem ka?

Perisik SR said...

sadis ke kwn tu cik anis? tak la..dia bole main drum lg tu...dia kaki jamming.hehe

Yann, kalo soal ensem tu no komen la..cukup la yann tgok sy sorg je yer..kui3

asis said...

kesian kwn tu..

Mel said...

Wah masih lagi benda gini...ingat dah takda...coz last 2 years kan hal gini ribut...so amaran dikeluarkan suapaya yang pergi atm berjaga....tapi kat Sbah lah...tak tau pula tempat lain masa 2 tahun lepas tu...kesian juga kawan mr.perisik tu....

Klu 50/50 try lah bwa jumpa uztaz ke pe ker....sebab nanti parah jadinya...

p/s:sekadar memberi pandangan *winks*

n a r d indie winkie said...

setuju2. nasihat ni sangat berguna untuk pengamal ilmu2 hitam. mgkn kepada pengamal2 yang moden sket sebab dia boleh melayari internet. haha

irbika said...

pasti ker tu ilmu hitam? isk, ni takut ni nak nek bas!