Showing posts with label Rawatan Islam. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Islam. Show all posts
3

Sihir...jangan jadi hamba syaitan

Subuh tadi kawan serumah aku balik dari Terengganu. Dia balik sana beberapa hari saja sebab terpaksa balik. Khabarnya mak dia sakit teruk. Aku dah lama dengar pasal mak dia sakit ni. Dari dulu dia cerita yang mak dia kena buatan orang.

Cerita ni sebenarnya dah lama. Hidup mak dia dah lama derita pasal benda ni. Mak dia tak dapat nak jalan. Sakit macam-macam. Semua ni gara-gara ada manusia yang busuk hati, dengki dan sanggup jadi hamba syaitan.

Bila aku sebut pasal sihir sebagai punca mak dia jadi macam tu (pastinya dengan izin Allah), mesti ada juga yang akan terdetik nak tanya.."dah cek kat hospital ke?". Takpe, sebab aku pun dulu ada tanya kat kwn ni macam tu.

Rupanya benda tu mmg dah sah dah berkaitan dengan makhluk-makhluk halus. Dah lama dah berubat dengan perubatan moden. Bila guna ustaz, diorang berjaya jumpa ada macam-macam 'benda' yang ditanam di sekeliling rumah. Pagi ni buang, malam ni dah datang balik.

Kali ni kawan aku tu kata keadaan lagi teruk. Belakang badan mak dia bengkak sampai dekat 20cm. Bayangkan berapa besar tu? Nanah pula keluar dari situ. Perangai mak dia berubah macam budak kecik. Ada sekali tu suara mak dia jadi orang lain dan bercakap pelik. Rupanya makhluk tu yg bercakap. Dia kata nak bagi mak kawan aku ni terus lumpuh dan sakit.

Sekarang ni mak kawan aku ni masih lagi sakit. Dah macam-macam dah barang digali dan dibuang dari halaman rumah tu. Besi pun diorang ada jumpa. Jahatnya manusia bila dah penuh hasad dengki.

Mari kita sama-sama berdoa, moga mak dia diberikan kesembuhan dan pengamal ilmu hitam serta orang yang mengupahnya tadi berhenti dari melakukannya. Semoga kita pun terlindung juga dari semua benda-benda pelik dan syirik ni. Assalammualaikum....
9

Kena santau? Pukau? ermmm..

Ingat lagi entri pasal housemate aku leukemia tu? Memang betul dia leukemia. Tapi ingt lagi tak pasal dia muntah2 darah tu? Katanya mungkin sebab keracunan makanan. Tapi doktor pun tak pasti sangat pasal tu.

Mungkin peristiwa 2 malam sebelum tu ada kaitan? Dia dalam bas perjalanan jarak jauh dari johor ke serdang. Travel malam dan sampai dalam pukul 10 pm. Dalam bas ada sorg lelaki dari negara jiran. Kawan aku ni tidur dan cover badan guna jaket cover badan.

Nak dipendekkan cerita, bila dia sampai R&R serdang dia pun turun dan balik rumah kitorg. Peliknya, sampai kat rumah baru dia sedar yg beg duit yg ikat kat perut dia tu hilang. duit dalam tu ada dalam RM800. Juga IC dan kad2 bank serta lesen. Hilang!

Tengah malam tu juga kitorg(3 org) ke KL cari bas tu. Bas KKKL Batu pahat-KL. Semua port bas tu parking kat KL kitorg raun. Memang tau duit tu takkan jumpa. Tapi sekurang2nya ada IC, lesen dan kad bank yg tinggal. Tapi malangnya, tak jumpa juga. Besok paginya baru kawan ni dapat jumpa bas tu.

Malam lepas tu la kawan start sakit perut dan muntah darah. Sampai la dia masuk ICU besoknya malamnya. Beberapa hari lepas tu dia keluar hospital dan family dia suruh balik kampung. Malam ni dia dah balik rumah kat serdang ni. Tapi lain sikit stail dia. Dia sbnrnya agak aktif gak. Tapi tadi tengok mcm bersopan santun sikit. Hehe. Cakap pun agak lemah lembut la sikit.

Rupa2nya dia cakap dia rasa mamai semenjak malam tu sampai la sekarang. Rasa panas semacam je dalam badan. Dia kata mak dia cakap mungkin dia terkena pukau ke santau ker. Tapi bapa dia tak suruh percaya mender2 tu. Aku pun tak yakin sangat yg dia kena benda tu tapi oleh sebab aku tau yg benda2 mcm tu makin banyak sekarang ni (ada baca metro minggu lepas pasal santau berdarah?) so aku letakkan 50/50 je la kemungkinan tu.

Hope tu bkn sbb penyakit leukemia dia la. Kepada para pengamal ilmu2 hitam ni(wpun aku tau diorg takde masa nak baca blog aku ni.hehe) ni aku ada pesanan khas dan idea bernas ni. Kalau korang nak lagi kaya, apakata korang pukau bank ataupun kedai2 besar macam Giant ke, Carefour ke Mydin ke? Lepas tu korang masukkan semua duit tu dalam beg dan blah. Tak pun terus bank-in kan kat bank yg korang curi tu?

Ala jgn bimbangla psl CCTV...pukau pak guard tu sekali dan bawak tape dia lari. Tu la...selain terer psl pukau2 orang, korang kena juga belajar teknologi2 ni supaya kerja memukau dan menyantau lebih efisien. Dan korang juga kena ada blog sendiri untuk cari pelanggan. Err..jgn lupa add link ke sini yer...
7

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang & agar kenderaan tidak dicuri

Assalammualaikum.

Entri ini diambil dari http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dengan tujuan untuk berkongsikan ilmu yg ada di sana kepada pengunjung blog ni. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dan jangan lupa add link ke sana sbg sokongan kita kepada usaha pemilik blog tersebut. Terima kasih.

***

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,
Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.

Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,


Amalan tersebut adalah yang berikut:

1. Al-Fatihah 7x.


2. Al Fath 1-3 7x



1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

3. Al Khafi Ayat 19 7x


19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


4. Surah Al-Ikhlas 7x.

5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.



8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.

***

Ikhtiar agar kenderaan tidak dicuri

Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.

Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking. Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.


Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.