12

Kan aku dah cakap semalam, tahniah Barcelona!!!

Di bahagian komen pada entri yg lepas yg bertajuk 'Tahniah Barcelona', aku ada sebut kalau Barca kalah, entri tu aku akan delete. Tapi, lepas kemenangan BERGAYA 2-0 terhadap Manchester United pagi tadi bukankah aku patut buat lagi 1 entri khas untuk meraikannya. Haha yesss3x! Kan aku dah cakap semalam...barca sure menang bergaya punya!

VS

0 - 2

***

Pagi tadi, aku setkan alarm pukul 3 pagi. Sebab aku ingat match start pukul 3 am. Rupanya pukul 2.45 am. Info sesat dari housemate aku la punya pasal tu. Nak tgok bola punya pasal sanggup pula set alarm, kan bagus kalo bole buat gitu untuk buat ibadah ke, kan? Haha. Ok, tu ceramah mini untuk aku.

Rumah sewa aku ada tv dan astro. Aku bangun2 je, housemate aku sorg tu tgh layan match. Aku dah terlewat dalam 10 minit. Aku tengok2 je dah ada gol. 1-0. Barca 1 - MU 0. Wah, cepatnya..dalam hati aku.

Aku tanak tengok dengan dia. Aku nak tengok kat kedai mamak. Selain sebab aku tak suka dengan sikap dia yg tak pandai nak respect org tidur tu, aku juga saja nak tgok kat kedai mamak untuk feel yg lebih. Housemate aku sorg ni mmg tak pandai respek org tido. Time tu ada sorg lg tdo kat ruang tamu. Tp dia buat bodo je pasang kuat2 mcm tgh hari. Pastu mnjerit2 mcm tak da fikiran. Kdg2 tu semua org lain tgh tido pun dia bole je buat bodo main drum ataupun gitar letrik dalam bilik dia. Rendah punya respek sama org lain.

Ok sambung citer. Aku target 1 kedai mamak ni. Aku start enjin moto bagi panas dalam beberapa saat je and terus broooommm. Dalam beberapa minit aku sampai kat restoran Ariff Maju kt serdang ni. Sapa pernah datang sini, kedai tu kat tepi food court yg org2 sini panggil 'padang' tu.

Sampai je sana, ya ampuunn..penuh! Bukan penuh je. Penuh sangat. Kerusi tak cukup, meja pun dah digunakan semaksimanya. Kongsi meja ramai2. Ada yg duduk atas moto je. Aku pun join la sekali dduk atas moto je. Aku tgok kanan, ada 2 orang mamat ni.

"Dah cek maulana yg tepi maybank tu tak?" Tanya aku tanpa bagi salam.

"Dah..penuh jugak. Mana lagi ada mamak?" Tanya diorg kat aku.

"Kat Azwath. Dah cek kat sana?" Tanya aku balik.

"Dah. Pun penuh jugak. Kat tepi KTM ada mamak kan?"

"Ada. Tapi tu kalau sampai sana pun penuh jugak, buang masa je. Hehe" Kata aku dengan mesranya padahal masing2 pun tak kenal. Salam pun tak bagi. Tapi masing2 sporting la. Semangat ukhwah dan mahabbah kefinalan kebolaan katakan. Muahaha.

Aku ada amek gambar betapa sesaknya kedai mamak yg biasanya kosong dan ada beberapa orang pakcik2 je sbg pengunjung tu. Tapi aku tak sempat nak transfer dari hanset lagi. Kalau nak tengok juga, nah amek hanset aku ni tengok sindri.

Haus lak dduk camnie je. Aku pon order milo suam dari atas moto tu. Baru romantik sikit minum atas moto. Hohoho. Tak lama lps tu mamak tu pegi import kerusi2 dan meja dari tempat lain. Dapat la juga kerusi. Yg meja tu aku share je dengan bebudak td tu.

"Ko sokong apa?" Tanya budak tu kat aku.

"Aku sokong barca. Ko sokong sapa?" Tanya aku sambil redi untuk simbah muka dia dengan air milo suam aku kalau jawapan dia mengecewakan.

"Aku anti-MU. So sapa2 yg lawan MU aku sokong. Malam ni aku sokong Barca walaupun aku penyokong chelsea. Dulu aku sokong Arsenal tapi dah tak berapa dah sekarang" Amboi, aku tanya pendek dia pegi bagitau lagi isi2 penting lain. Tapi takpa, jawapan memuaskan hati. Boleh duduk 1 meja.

Geng bebudak baju itam kat sebelah kitorang yg paling bising. Penyokong kuat Barca. Mati MU diorang kutuk. Sampai coach dia pun kena gelak jugak. Ramai btol penyokong Barca pagi tadi. Penyokong MU agak malu2. Mungkin sbb dah ketinggalan 1 gol. Hehehe.

Tak lama lepas tu, hujan turun. Nasib baik hujan kategori malu-malu. Hujan ada 2 kategori. Kategori malu-malu dan kategori berterus terang. Hujan malu2 adalah hujan yg turun rintik2 secara perlahan2 sebelum menambahkan dosnya sedikit demi sedikit.

Tapi masih boleh ditahan oleh mereka yg berjiwa kental macam kitorg pagi tadi. Semua tak berganjak. Aku cover kepala guna jaket je. Maklum la rambut pacak2 ni kena hujan sikit je terus ke kulit kepala. Geli la. Haha.

Hujan kategori berterus terang pulak agak kejam. Kalau korang time tu tengah ride atas moto, memang tak sempat nak cari tempat berteduh dah basah kuyup. Aku penah kena hujan berterus terang ni time membonceng moto kawan. Baru beberapa saat dah lebat giler. Bawah pokok la jawabnya kitorang berteduh. Dah la malam. Kalo org dalam keter nampak tu, sure diorg memandang dengan simpati. Hahahaha.

Sampai akhir permainan, Barca skor lagi. Kali ni melalui Messi. Gol pertama melalui Eto. Kalau korang cek balik entri aku semalam, aku ada tanya adakah Eto dan Messi akan skor? Well, nampaknya diorang dua2 skor. :). Henry pun sempat main walaupun tak full time. Dia sempat hampir2 skor je.

Keputusan akhir, Barcelona 2 dan Manchester United 0. Barca menang dan entri semalam aku pun selamat daripada perlu dikorbankan. Hahaha. Manannng!!

12 comments:

haruan tasek said...

ini yang ke 11 blog aku baca pasal mu daN BARCELONA. apapun tahniah barcelona fan

Monkey D Luffy said...

ah

sedih

Perisik SR said...

haruan tasek,

tq2. hihihi..

kapten,

jgn sedih sgt. dah boleh agak pun mu akan kalah.haha

Lifesaver said...

ish3..

mmg gila bola btol~

Perisik SR said...

tak berapa pn sbnrnya...

tp yg ni kan dah final..so, agak hot sikit la.

Yankum3~ said...

hot dlm hujan yg malu2...
klu hujan trus terang kn besh...
bgi wosak rmbut pacak dy 2...
ahakz!!

pink_butterfly said...

sanggup bangun kul3 pagi?

hmm, tido lg sodappp..

Perisik SR said...

hjn xlebat. tp berterusan..huhu

nk tdo pn xbleh..mamat sorg tu bising sgt smpai tpksa masuk tdo dlm blk.

Yankum3~ said...

rambut wosak x??

len kali...
time dy tido..
kaco laa dy plak..bg dy bengang..
huhu

Perisik SR said...

rmbut steady je...pendek..

Yankum3~ said...

ceceh...
b'gaya ngn rambut laa 2..
huhu

irbika said...

kuat tul aura bole sepak ni kan!