17

Leukemia - Berapa lama lagi kata doktor?

2 malam lepas, sorg housemate aku sakit perut. Dia kata dia cirit birit. Hampir setiap 5 minit aku nampak dia masuk tandas.

Besoknya, dia tak kerja. Dia baring saja kat bilik. Aku masuk bilik dia. Aku nampak dia lemah sangat. Pucat je. Ubat2 dia yang banyak tu merata2 kat sebelah tilam.

"Bila start sakit perut ko ni?" Tanya aku.

"Semalam lagi...cirit birit kot" jawab member aku ni.

Aku cakap, minum la ubat yg bijik2 tu. Tu bagus untuk cirit birit. Dia kata dia dah minum ENO. Aku cakap kat dia yang ENO tu untuk buang angin dalam perut. Bagus makan ubat sakit perut tu.

"Ko keracunan makanan kot. Ko ada saspek apa2 tak yg ko mkn semalam?". Aku try nk siasat.

"Ada..nasik lemak kat pasar malam tu. Tengah malam tu aku muntah darah berketul2 pastu muntah darah cair. Lemah gila badan aku ni".

Kesian gak aku ngan dia. Kalau tak sembuh2 gak, ingtkan nak suruh gi klinik. Dia kata, makanan tak dpt masuk perut. Nak termuntah. Aku saspek jugak psl cacing ke apa.

Malam.

Dia datang ke ruang tamu depan tv. Baring dan tak banyak cakap. Dia pesan kat housemate aku lg sorg belikan ban dan air. Air tu pun dia tak minum sampai separuh tin. Tiba2 dia meniarap dan cakap kt aku...minta tolong leh? Tolong pijak belakang aku. Sakit btol la badan ni. Aku pun pijak la cket2. Sian gak kt dia.

Then sorg housemate aku balik. Oleh sbb kdaan member ni tadi dah lemah sgt dah, ktorg suggest dia pg hospital. So dia kata pg hosp ampang. Aku tak follow. Diorg je pegi. Dalam pukul 11.30pm housem8 aku balik. Tp tinggal sorang je.

"Mana arif?" Aku tanya member td.

"Masuk wad. Dia bukan sakit cirit birit biasa tu. Tu kesan2 penyakit leukemia dia tu la. Doktor tahan dia.."

Aku terkejut. Aku mmg dah lama tau dia ni ada kanser/leukemia ni tp xsangka plak yg semalam tu sebab penyakit ni. Sekarang dia masih kt hosppital. Mungkin kena tahan berhari2, berminggu ataupun sebulan.

Baru 2 bulan lepas family dia datang dan bawak dia ke hospital. Tah apa ntah diorg buat dengan tulang sum-sum tu. Aku tak faham sgt. Tp memang ada kesan kena tebuk kt belakang pinggang dia tu mcm dalam citer Autumn in My Heart tu. Doktor pun pernah putuskan hayat dia cuma tinggal untuk beberapa thn je lg. Dia sndiri yg bgtau. Tp dia steady je...still keja dan teruskan minat dia. Moga dia cepat sembuh...
10

Siapa yg tutup pintu tu?

Dua malam berturut2 pintu bilik yg berlainan 'tertutup' secara misteri. Adakah ada kaitan dgn apa yg aku buat malam sebelum tu? Mungkin.

2 malam lepas, aku tengah menghadap laptop di ruang tamu sambil menonton tv. Bilik di kananku kosong. Bilik di kiri ada 2 orang kawan tengah main game. Bilik di belakang ada seorang kwn. Mungkin dah tidur.

Jarak bilik di kanan dalam 3 meter je. Tiba2, "Paaappp!!" Bunyi pintu bilik di kanan kena hempas. Aku toleh arah tu. "Bila masa kwn aku masuk situ? Dia kan kat bilik di kiri tgh main game?". Aku bangun dan buka pintu bilik tu untuk kepastian. Takda orang.

Kawan aku tu pun datang. Dia kata dia dengar bunyi pintu kena hempas tadi. Tengok2 tingkap terbuka. Kawan aku tu yg buka. Bimbang kalau2 pencuri yg masuk, kitorg cek semua barang. Laptop dan handset masih ada. Angin ke yg tolak pintu? Tak mungkin. Sebab kalau ada pokok lalang kat situ waktu tu pun belum tentu lalang tu bergoyang sebab angin sepoi2 bahasa pun takda. Inikan pula angin kuat. Aku senyum tengok kwn tu. Dia faham dan dah start cuak.

Malam seterusnya.

3 orang housemate aku pergi ke kajang. Aku on the way balik rumah. Singgah kejap di kedai makan untuk makan malam. Sorang kwn ada di rumah. Dia la kawan yg main game di bilik sebelah kiri tu malam tu. Bilik yg kena malam tu adalah bilik kwn sorg lagi di sebelah kanan tu.

Kawan tu main game dan dia biarkan pintu terbuka. Tengah kusyuk2 main game, tiba2 dia sedar pintu bilik tu sedang ditutup secara perlahan. Kemudian tombol pintu tu dipulas dan pintu ditutup secara penuh perlahan. Dia sempat lagi nampak kejadian tu. Dia yang takut terus buka pintu tu takut2 terkunci di dalam.

Tanpa wallet dan handphone, dia lari keluar dan masuk ke dalam kereta. Sebab dah takut sangat, dia ronda2 je mana yang mampu. Nak call gf ajak jumpa, handset tak bawa. Nak lepak kat kedai mamak, duit pulak tak bawak. Hahaha. Lawak tol la. Peristiwa berlaku waktu dekat2 pukul 10. 11 lebih baru dia balik rumah. Dan aku sebagai hero pun sampai. Cehh! =p

Kawan tu kata, stail pintu tu kena tutup adalah stail aku tutup pintu. Sebab cara aku tutup pintu adalah dengan slow motion supaya tak mengganggu orang yg tidur. Ada housemate aku yg suka main hempas je pintu.

Esoknya. Hari ni.

Aku lepak di ruang tamu watching tv. Aku tak tau pintu di bilik kanan tutup ke buka. Tiba2 aku dengar pintu tu kena tutup secara perlahan. Aku tengok. Oh, angin yang tutup. Biar je la. Aku releks je teruskan aktiviti menonton. Tiba2, lagi sekali pintu yg sama ditutup dengan kuat. Aikk, camner pintu yg sama boleh ditutup 2 kali? Pelik dgn kejadian tu aku pergi cek. Aku buat kesimpulan positif yg bunyi tutup pertama tu tak tutup habis. Sebab tu yg kedua tu tutup lagi sekali.

Kawan aku kata tu jin yg keluar dari badan aku. Dia suruh aku panggil masuk balik. Gila apa? Hehe. Mungkin perasaan je ke benda2 tu semua? Tapi macammana perasaan kalau benda tu jadi waktu kita tak terfikir langsung pasal benda2 tu.

Nampaknya, ada juga makhluk yang suka main tutup2 pintu. Harap2 lepas ni takda yang main buka2 pintu nanti senang pulak pencuri nak masuk. Tapi, siapa yg tutup pintu tu?
9

Ko, kau, u, kamu, awak dan Nama

Dalam pergaulan seharian, ada beberapa kata ganti nama kedua yg biasa kita guna. Untuk member2 laki, macam biasala..kata ganti yg paling sesuai adalah 'kau dan ko'. Tu menunjukkan yg kita dh biasa dengan orang tu. Dah rapat kot.

Untuk perbualan dengan member sesama jantina, tak banyak sangat perbezaan dari segi pemilihan kata ganti nama kedua tu. Sebab bagi aku, memang dua tu je yg aku guna. Takkan nak guna 'anda' pulak dengan member sendiri kn?

Cuma kalau sampai kat komunikasi dengan para anak gadis merangkap para aweks, aku akan pilih daripada senarai kata nama kedua untuk digunakan. Bergantung kepada kesesuaian dan tahap rapatnya dengan awek tu.

So, apa antaranya?

Kau & ko aku jarang guna untuk panggil budak2 pmpuan ni. Bukan apa, aku rasa panggilan tu agak kasar sikit so aku kalo boleh nk elakkan penggunaan ni untuk diorg. Hati diorg kan lembut, so kena la jaga. Ceh, baik kunun!. Hahaha.

Tapi tak semua aku tak panggil 'kau & ko' ni. Ada juga yang aku panggil gitu. Sebab apa? Sebab diorg layak dipanggil gitu. Ada dulu budak pmpn tu aku layan lembut je. Guna cara biasa aku layan mmber pmpn len. Tp stail dia bcakap tu brutal sgt and level of respect dia kt orang lain yg agak kureng membuatkan dia sesuai aku bahasakan sbg 'kau' dan 'ko' sahaja. Bila dah guna panggilan tu, so cakap pun bole la men lepas je. Biar rasa cket. hehehe. (Exception kepada sumandak2 dari sabah untuk ni sebab 'ko' mmg diorg biasa guna. Kdg2 tu dgn bf pn diorg ber'ko' aku je. So, sumandak2 sbh tak termasuk yer dong)

Tp bukanlah aku nak maksudkan yang mana2 awek kt sini yg mmber laki korg pggl korang 'kau & ko' tu sbg tak berapa ladies. Ni untuk aku je. Untuk laki lain, sure ada cara diorg sendiri kn?

Ada juga mmber2 pmpn yg bahasakan orang dengan panggilan 'you'. Biasanya dekat SMS. Wpun agak geli usus besar, I pun terpaksa la join guna 'I' n 'you' jugak. Hahaha. Sekali sekala rasa jadi mcm orang2 kaya spa-Q ni apa la slhnya kan. Kui2. Eh, I xtgok citer spa-Q taw. I tgok iklan jew.

'Kamu' ni adalah jalan selamat kalau tak kan nampak soft dan kasar sgt kt sorg2 awek tu. Mungkin sebab awek tu biasa guna panggilan tu so aku pn akan guna tu jg. Wpun panggilan tu tak berapa mesra, tp bagi aku dia tak kasar sangat. Tp kalo boleh, aku try nk elakkan guna ni.

'Awak' pulak aku guna untuk panggilan kepada awek2 dari semenanjung ni. Sebab kalo awek dari sarawak panggilannya 'kitak' n kalo dari sabah takkan nk panggil awak pulak kn. hehe. So, 'awak' ni biasanya aku guna untuk tegur awek yg aku tak kenal secara sopan. Juga untuk berborak dgn kwn2 pmpn yg dh lama kenal dan ada unsur ke'ladies'an yg membuatkan diorg sesuai dipanggil begitu. In fact, semua diorg layak dipanggil begitu selagi mana tak jatuh ke panggilan 'kau & ko' ikut yg pertama tadi.

Panggilan yg plg spesel adalah apabila awek tu dipanggil dengan menggunakan namanya. Contohnya nama org tu stacy(stacy af6)...aku akan cakap camni. "Mana stacy simpan gambar kita date kat 1borneo hari tu?". Tu contoh je la walaupun merupakan fakta. Penggunaan nama tu menggambarkan yg aku selesa dan dekat dgn orang tu. Tp kdg2 'awak' dan 'nama' tu boleh juga bercampur aduk.. So bg yg dipanggil menggunakan nama tu, jgn heran la kalo slalu kena usik ek. Dah takdir. Hehe

Aku tak tau la org len camner. Sekadar nak tambah entri je ni. Yezza!
12

Allah selamatkan Syahir~~

Allah selamatkan Syahir....

Allah selamatkan Syahir....

Allah selamatkan abg Syahir....

Allah selamatkan Syahirrr~~~~

Moga kehidupan ini akan terus dalam perlindungan dan hidayah Allah selamanya. Selamat hari lahir Syahir @ mr Perisik @ diri sendiri. Amin..
11

Anas Tahir - adik Faizal Tahir

Jom usha adik Faizal Tahir si Anas Tahir n mmber dia Akbar. Best gk diorg ni.

"Allah Knows"-(Zain Bikha) by Anas Tahir


cover "Belaian Jiwa" Innuendo-Anas Tahir


Tapi Bukan Aku Koq by Anas feat Akbar


Sempurna Koq by Anas feat. Akbar


Bnyk lg vids len. Gi la tgok kalo minat.
7

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang & agar kenderaan tidak dicuri

Assalammualaikum.

Entri ini diambil dari http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dengan tujuan untuk berkongsikan ilmu yg ada di sana kepada pengunjung blog ni. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://terapi-alfatah.blogspot.com/ dan jangan lupa add link ke sana sbg sokongan kita kepada usaha pemilik blog tersebut. Terima kasih.

***

Ikhtiar mengembalikan barang yg hilang

Para pembaca yang dimuliakan ALLAH S.W.T,
Suka untuk saya berkongsi serba sedikit amalan yang pernah diijazahkan guru saya untuk mendapatkan semula barang yang hilang.

Sebelum saya melangkah lebih jauh, suka untuk saya ingatkan. Yang dimaksudkan barang yang hilang, jika diizinkan ALLAH akan dipulangkan kembali dalam dua keadaan iaitu keadaan asal atau keadaan ganti.

Bagaimana keadaan asal? Keadaan seperti mana sebelum hilang. Bagaimana keadaan ganti? Barang digantikan dgn yang baru, contohnya jika yang hilang itu nasi goreng, tidak mungkin akan dipulangkan nasi goreng yang asal.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH S.W.T,


Amalan tersebut adalah yang berikut:

1. Al-Fatihah 7x.


2. Al Fath 1-3 7x



1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

3. Al Khafi Ayat 19 7x


19. dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.


4. Surah Al-Ikhlas 7x.

5. Selawat 7x.

6. Ya Allah 3x.

7. Kemudian wirid dibawah 119x.



8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Mengikut pengalaman saya yang jahil ini, amalan ini dilakukan 3 hari berturut-turut, InsyaALLAH bantuan ALLAH akan sampai.

Jika masih tidak berhasil, maka diteruskan sehingga 7 hari. Andainya masih tidak berhasil, maka hari ke-8 setiap bacaan ditambah ke 9x.

Ingatlah, Istiqomah itu seribu karamah.

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH, sebagai tanda saya insan yang lemah, tiada daya upaya selain dari dgn gerak dan izinNYA.

***

Ikhtiar agar kenderaan tidak dicuri

Suka untuk saya kongsikan satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parking lot & sebagainya.

Caranya, setelah parking, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil disekitar parking. Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita. Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motorsikal) & terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, InsyaALLAH, kenderaan anda akan dijaga ALLAH.


Yang baik dari ALLAH, yang buruk juga dari ALLAH sebagai tanda saya adalah manusia yang serba lemah serta tidak berdaya tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.
10

Rakaman dialog dgn Jin - Mari dengar sama2..

Asslmlkm w.b.t...

Mari sama2 kita dengar rakaman perbualan Ustaz Jumadi dengan jin di dalam tubuh pesakit. Rakaman ni adalah rakaman betul yg ditunjukkan oleh ustaz Jumadi di hadapan para pelajarnya.

Sebenarnya ada 4 rakaman tetapi saya kongsikan ni sahaja di sini. Jin itu berdialog dengan ustaz selepas dibacakan petikan2 ayat al-Quran yg digelar Ayat-Ayat Ruqyah. Sila click player utk mainkan rakaman ini:










Profile Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar:

Pengasas Pusat Rawatan Darul 'Ilaaj di Pasir Gudang, Johor. Pendidikan: B.A Bahasa & Sastera Arab, Al-Azhar University. Degree in Homoepathy Medicine - Brantridge University, England. P.H.D in Naturopathy - Brantridge University, England. Dip. in Yunan Herbal Practice - Alternative Medicine Academy.

Video Ustaz Majid buang Jin dari tubuh pesakit

1) Kalau nak tengok video rawatan membuang jin dari tubuh pulak, kwn2 sumer leh tonton Ustaz Majid buang jin dan sihir sini.

2) Nak tengok lagi banyak video ustaz Majid rawat pesakit dan buang jin dari tubuh pesakit, boleh lawat http://akrine.blogspot.com

3) Untuk pengetahuan, ustaz Majid pernah muncul di rancangan Expose Mistik, Astro Prima.

Lepas baca2, tonton dan dengar pengalaman2 ni semua barulah aku tau yg rupanya jin boleh jadikan badan manusia sebagai tempat tinggal tanpa kita sedar. Kadangkala sampai beribu2 ekor. Ada yang masuk sendiri sebab minat kat seseorang tu, ada yg dihantar oleh org yg hasad dengki dgn tujuan nak mengganggu dan ada juga jin yg masuk sebab nk mengambil kesempatan.

Mungkin kita rasa kita normal, tapi kita tak tahu bahawa sebenarnya dlm diri kita ada 7 ekor jin yg dah tinggal bertahun2 dah. Perkara biasa tu untuk jin tinggal berpuluh2 tahun dlm tubuh kita selagi tidak dikeluarkan.

Datangnya jin ke dalam tubuh dengan pelbagai misi. Ada yg dtg untuk memecah belahkan rumah tangga sampaikan suami isteri bercerai. Ada yang untuk bawak penyakit dan macam2 lagi. Mari kita sama2 amalkan bacaan surah al Fatihah, ayat2 lazim, ayatul Kursi dan doa2 lain terutamanya doa Nabi Sulaiman. Jin2 amat takutkan ayat2 tersebut dengan izin ALLAH.

Adakah anda pasti tubuh anda sekarang tidak didiami jin?

Update:

1) Doa Memagar diri

Membaca zikir berikut setelah shalat shubuh:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tidak ada tuhan yang berhak disembah, kecuali Allah Yang Maha Esa, Tidak ada serikat bagi-Nya, seluruh kerajaan dan pujian milik-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

Seratus kali, sebuah hadist shahih yang diriwayatkan dari nabi shallallahu `alaihi wa sallam," barang siapa yang mengamalkannya dalam satu hari, pahalanya sama dengan memerdekakan sepuluh orang budak, dituliskan untuknya seratus kebajikan, dihapuskan darinya seratus kesalahan, dan di hari tersebut dia terjaga dari gangguan syaitan hingga petang, dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali orang yang mengamalkan lebih banyak darinya." HR.Bukhari-Muslim.


2) Ayat Pagar Rumah

Al-Baqarah 1-4, 255-257, 284-286, insyALLAH

3) Ayat elak Jin Keluar masuk badan

Doa nabi Yunus



Apa kata anda niat nak cek kehadiran makhluk Jin ni dlm tubuh anda sendiri dgn membaca ayat2 rukyah di bawah? Ustaz baca ayat ni tadi. Ni mmg bacaan lazim para perawat. (Tp aku nasihat dgn kehadiran org ketiga la. Cuak gk aku...;p)

Urutan Ayat-Ayat Ruqyah

No Nama Surah Juzuk Ayat
1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-'Araf 8 54-56
9 Al-'Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya


Wallahualam...Semua berlaku dengan izin ALLAH.
9

100 Tokoh Paling Berpengaruh- Siapa Tercalon dari Malaysia?

Majalah terkenal, TIME sekali lagi mencari 100 tokoh paling berpengaruh di dunia untuk tahun 2009. Golongan yang tersenarai adalah dari kalangan selebriti, pemimpin ataupun sesiapa sahaja yg terkenal dan ada influence terhadap dunia. Tahun lepas, hanya seorang sahaja rakyat Malaysia yg tersenarai dan berjaya kekal di dalam '100 World's Most Influential People in 2008'. Sesekali tokoh ni pernah juga masuk dalam top-5 di belakang Rain sedikit tapi kemudiannya menurun dan apabila undian ditutup, dia masih kekal sebagai top 100.

Tahun ni, siapa pula yg tersenarai? Adakah PM baru kita? Bukan. Beliau tak tersenarai.


Antara tokoh yg tersenarai dalam World's most influential People in 2009

Untuk tahun 2009 ni, tokoh yg tersenarai adalah ........................(Bunyi drum saspen)

Datuk Seri Anwar Ibrahim....

Ini adalah kali kedua semenjak 2008.



Setakat ni beliau berada di tangga ke-2 daripada 206 calon. Hanya 100 orang dicari. Ranking ni akan berubah lagi nanti dan kedudukan dia pun akan turun juga, tapi pastinya takkan lebih daripada 100. Kalau nak undi, silalah undi di sini. Hehe. Kalau sekadar nak usha2 ranking, usha kat sini. Kalau nak usha awek plak? Luu pikirla sendiri nk usha kt mana. Haha.

Tu je. Salam.
15

Award KHAS untuk rama-rama

Kepada follower blog ni yg rasa2nya ada guna konsep rama-rama untuk blog diorg, nampak je update ni kt update blog list korang tu silalah klik dan datang sini. Sebab award ni mungkin untuk anda.

Kalau aku tak silap, ada 3 orang follower aku yg comel2 semuanya yg mggunakan konsep, url, mahupun tajuk blog yg berkaitan dengan butterfly @ rama2. Bukan sri rama tp rama2 ok. Disebabkan kesportingan dan kekiutan diorg ni, apalah kiranya aku anugerahkan 1 award berprestij kepada mereka ini. Anugerah ini akan membawa gelaran 'cik adik manis'. Gelaran itu boleh la disingkatkan menjadi C.A.M ala2 Datuk Seri disingkatkan menjadi D.S. Contohnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkatkan jadi DSAI. Jadi pandai2 la cik adik manis sekalian ya nk singkatkan dan jadikan nama cik adik lbh manis.

Kenapa 3 orang shj yg menerima award?
- Kerana kebetulan mereka menggunakan konsep yg sama iaitu rama2.

Kenapa kedekut sangat? Bagilah banyak sikit.
- Award ni didesign khas. Nanti2 la untuk orang lain. Letih ooo.

Apa yg bestnya dpt award ni?
- Tak best ke dpt award yg ada pict dan url blog korang? Lawa lak tu. Haha.

Apa nak wat dgn award ni?
- Kalau tu pun nak tanya aku, payah la. Pegi jual kat bukit bintang malam minggu ni.
- Dipersilakan edit award tu jika anda rasa nak edit. Tp copyright ttp blog ni punya. Hehe.
- Boleh letakkan di blog anda selama2nya ataupun jadikan warisan dan pusaka.

Mana awardnya?
- Sabar la sikit. Kat bawah post ni la. Xpandai sabar...ish3.

Mana? Tak nampak pun awardnya?
- Mmg sah gelojoh. Orang kata kata bwh entri ni la cik adikkkk.

Berapa ringgit dan apa nombor akaun untuk pembayaran?
- Hahahaaa ni la soalan yg plg relevan dari semua kt atas sana. Boleh bayar guna topup je. Taip Share RM10 dan send ke nombor maxis sy. Ataupun beli topup celcom dan letakkan di ruangan komen ni. Hua3. Ayat di atas telah dipotong kerana perasaan ikhlas tiba2 timbul di benak sanubari.

Penerima2nya adalah.......(bunyi drum)

1. Cik rama-rama : http://duniamu-duniaku.blogspot.com/


Sengaja saya letakkan ruang kosong sedikit di bahagian atas. Kot2 cik yan nak edit pict ni lepas ni. Dengan ini cik Yan dianugerahkan gelaran C.A.M Puteri rama2.




2. Cik LeaButterfly : http://leabutterflypink.blogspot.com/

Ni ala2 logo utk cik lea. bley guna kt blog. =)



Amacam, lawa tak cik Lea? Eh silap. C.A.M Lea. hehe. Dengan ini, Cik lea dianugerahkannnnn...




3. Cik JunNie : http://ju3li3.blogspot.com/

Disebabkan kekurangan maklumat dan photo, maka terdapat sedikit kekurangan ketika menyiapkan award ini. Namun begitu, award ini masih mempunyai nilai yg sama dengan award2 di atas. Tahniah kepadaaaaa....cik JunNieeeee



Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Harap2 anda simpan la award ni baik2 ya. Boleh jg kalau anda nak riyak dan show off di blog masing2. Hehe. Sampai ketemu lagi. Makasih ya! =)

p/s: Entri ini di'publish' pada 13.04.2009
18

Post ini tiada makna...JANGAN BACA.

Harap2 xda org yg baca post ni.

Post ni tiada makna. xda apa2 yg menarik nk disebut kt sini.

Cuma nak bagitau yg waktu entri ni ditaip, jam komputer menunjukkan 12:09 AM.

Mungkin waktu ni blogger lain dah tidur.

Aku harap, besok diorg xkan baca post ni sebab post ni xda makna.
11

Menghargai award...syukria!

Post ini adalah post khas sebagai tanda penghargaan kepada cik lea. Walaupun pada award yg lepas, beliau(nak bodek dpt award khas pula lps ni. tu la pakai beliau ni) tak tergolong dlm penerima award plg berprestij daripada blog ni (sapa suruh lambat jd follower.haha), namun beliau ttp juga menyenaraikan blog ini sebagai penerima. Terima kasih pakcik sy ucapkan.

Sbg tanda penghargaan, saya pamerkan di sini. Walaupun award ini tidak la berprestij tinggi(salah taip) Semoga lepas ni ada lagi award menyusul. Kui3



Ada award juga untuk cik lea atas kesetiaan bersama blog ni nanti. Kite wat yg lawa2 tau. =p (dgn nada manja...wahaaa). Anyway, vahat shukria! Nandrey...

Update:

Selepas beberapa detik(di Indonesia detik bermaksud saat), baru hamba sedar rupanya ada 1 lg award yg diterima. Dari sapa? Mestila dariiiii....(bunyi dram) Cik rama-rama. Meh hamba tampalkan di sini sebagai tanda penghargaan.



Macam biasalah, ucapannya adalah....jangan lupa bagi lagi. Dgr2 cerita kalao dh dpt 10 award boleh redeem RM1000 dari tuan yg bagi award tu kan kwn2? 09/04/2009
2

Barisan kabinet abg Najib

Tau tak yg kita dah ada menteri2 baru skrg? Bukan yg lama lagi dah....

ok nk test, semalam sapa menteri belia dan sukan? Sapa? Bapa Dafi? Datuk Ismail Sabri tu? Betullll....ok2 soalan baru, besok pulak sapa menteri belia dan sukan? Bapa Dafi juga? Hahaaaaa salah!!!!! Potong markah bg jwpn betul td. Markah terkumpul anda skrg adalah kosong.

Ni senarai kabinet baru abang najib.

Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri

Liew Vui Keong
Dr Mashitah Ibrahim (sen)
SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah (sen)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Chor Chee Heong (timbalan)
Senator Dr Awang Adek Hussien (timbalan)

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zarkashi (timbalan)

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat
Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Puad Zakarshi (timbalan)

Dalam negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim
Joseph Salang Gandum (timbalan)
Heng Seai Kie (timbalan)

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Pembangunan luar bandar dan wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal
Hassan Malek (timbalan)
Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Pengajian tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Datuk Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Datuk Anifah Aman

Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Ok soalan last, sapa nama AGONG kita skrg?
14

Baru ku sedar, rupanya BN berjantina wanita. PR pula sejenis lelaki.

Sudah lumrah alam, kita akan tertarik kepada mereka daripada jantina yg bertentangan dengan kita. Kita ada 2 jantina sahaja. Lelaki dan perempuan. Pondan2 atau tomboi tu tak masuk. Jantina datang dari 3 suku kata sahaja. JAN-TIN-A. Ni bukan aku kata, senario kata. Sebenarnya, JAN-TI-NA.

Tapi tu tak penting. Apa yg penting, semalam telah termaktub dalam sejarah negara bahawa ada 3 pilihanraya serentak di seluruh negara. Bukit selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai jadi rebutan 2 pihak. Pihak BN dan pihak PR.

Teringat dulu dengan kata2 seorang penceramah. Lelaki ada 1 senapang dan wanita ada 2 bom. Jagan elok2 dan jangan gunakan secara sebarangan. Hehe. Anda tak akan faham kalau anda berfikir dengan terlalu suci bersih. Berfikir dgn 'nakal' sikit baru anda akan faham.

Jadi apa kaitannya dengan pilihanraya semalam? Semalam bukan berebutkan bom dan senapang. Tapi mereka berebutkan bukit dan batang. Kebetulan pula ada dua bukit yg direbutkan. Seperti yg kita masing2 tau, lelaki minat kepada wanita dan sebaliknya.

Jadi apa keputusan perebutan semalam? Keputusannya, BN lebih berminat kepada BATANG ai manakala PR pula tak heran dgn batang ai tu dan nampaknya telah memilih dua BUKIT. Kalau anda dapat faham maksud saya, boleh tak kita isytiharkan bahawa BN sebenarnya berjan-tin-a perempuan manakala PR berjan-tin-a lelaki?=)

Sekadar teori2 kedai kopi je. hehehehe
7

Apa anda buat kalau anda lapar?

Saya akan pergi makan sebab sy lapar. Bkn lapar sikit tp lapar bnyk. Kejap lg i tekan butang publish post tu bermakna bertambah la 1 post lg di blog ni. Yes3x!


Ok, nk ngorat makan dl! Jom pegi sama, gue blnja.
12

Aku Dulu dan kini

Dulu, waktu aku masih budak2, aku ada 1 prinsip.

Waktu tu, aku msh lg sorang pelajar yg naif. Masih tinggal dalam asrama. Masih terikat dengan undang2 dan peraturan yg sekolah dah tetapkan. Wajib ke surau pada malam hari. Kemudian wajib ke prep malam pl lepas habis solat Isya'. Semuanya mengikut jadual.

Tp waktu tu, aku ada 1 prinsip.

Aku tengok sekeliling. Ada kawan2 yg bercintan cintun. Bulan lepas declare, 2 bulan kemudian break. Nangis, sedih. Lepas tu declare pula dengan orang lain.

Aku? Aku waktu tu ada 1 prinsip.

Walaupun aku hampir2 juga terjebak dalam aktiviti2 tu, tapi akhirnya aku berjaya juga bertahan. Kenapa? Sebab prinsip aku waktu tu menghalang aku.

Dari seawal form 2, ada juga aku hampir2 terjebak dalam aktiviti tu. Maklum la dah jadi abg senior kepada adik2 form 1 ni, dah jd nakal sikit. Kdg2 adik2 tu jg yg nakal ajak berkenalan. Kdg2 dapat hadiah. Hehe. Tapi, aku tak pernah declare dgn diorang. Sebab, waktu tu aku ada 1 prinsip.

Masuk form 3, aku tiba2 rapat dgn seorang kwn prmpn. Rapat la jg. Umpama Rahul dan Anjali dalam Kuch2 Hota Hai, umpama Inspektor Mazlan dan inspektor Haliza dlm gerak khas dulu2 dan umpama kucing dan tikus. Rapat kan? Sampaikan kami dianggap sbg lebih dari kwn. Hakikatnya, takda cintan cintun. Sebab? Sebab aku ada 1 prinsip.

Prinsip tu la yg buatkan aku stay single but not available sampai aku tamatkan persekolahan aku. Walaupun aku pernah simpan feeling kat someone dan dia pun aku tau ada feeling yg sama, kami ttp tak ada apa2 hubungan lain selain drpd kawan. Sebab aku terikat dengan prinsip aku.

Prinsip aku waktu tu adalah aku takkan declare or kapel2 selagi masih bergelar budak sekolah dan yg plg pentingnya...gilfriend pertama aku, aku akan jaga sampailah dia jadi wife aku. Kiranya, 1st gf tu la wife nanti. Sucinya aku waktu tu. Dengan penuh ikhlas aku nak jaga prinsip tu. Sebab tu la tiap kali aku ada peluang nak kapel, aku akan tanya 1 soalan kt diri. "Akan gembirakah aku kalau dia ni yg jd teman aku sampai tua nanti?" Payah betul aku nak dapat jawapan yg meyakinkan. Kalau aku tak dapat jawab, maknanya aku akan biarkan keadaan yg menentukan. Aku selalu give up dan kata, biarkan masa yg berbicara...=)

Satu ketika, lepas umur aku mencecah 20 thn aku secara tak sengaja terjumpa someone yg aku pernah kenal. Kami tak pernah berborak panjang dl. Cuma pernah bertegur dan senyum waktu masih lagi stdy bsama di s'wak under program pertukaran pelajar. Pertemuan ke-2 tu tak sgka pula tiba2 buatkan kami jadi rapat. Aku pun tak sangka mcmana tp bila aku tny diri soalan yg sama macam yg biasa aku tanya sblm2 ni, aku dgn yakin dpt jwpn yg dia la yg aku tggu. Dia pn bagi respon yg sama. Semuanya berlaku secara di luar jangkaan n hbgn pn brmula. =)

Aku dh ada orangnya. Aku akan jaga sampai hjg nyawa. Dalam hati aku waktu tu. Haha. Waktu tu dia masih lagi di matrik. Hubungan jarak jauh. Wpun aku ada peluang nak curang dengan sorg awek tu kt sini(awek ayu tu bg respon tau. hehehe..) tp aku tak teruskan. Aku trs trg yg aku dh ada gf. Jauh dan cuma dpt jumpa 2,3 kali setahun. Setia kan aku? kui3. Ruginya aku waktu tu.

Semuanya sweet waktu musim bunga tu. Then ada sekali tu waktu aku balik cuti, kami sempat sama2 pg cc untuk update ipta pilihan dia kat internet. Lepas tu, dia dapat ipta yg berdekatan dgn tmpt aku. Dapat la jumpa 2 minggu sekali. Hehe. Happy? Yup, mmgla. Tp untuk 3 bulan sj sebab tepat 3 bulan lepas tu dia keluar dgn orang lain. Dengan someone yg 1 kolej dan 1 ipta dgn dia. Orang yg manage diorang kat situ, presiden kolej dia. Maklumlah, awek comel ni mmg ramai yg nak kan. kui3. Kebetulan pula dia pun minat dgn mr presiden tu. Malahan dia pun pernah secara bergurau bagitau aku pasal tu. So, apa tindakan aku? Off course la sbb kita syg someone tu, kita akan try untuk pertahankan setakat yg termampu.

Pernah 1 malam tu aku spend RM30 kredit untuk bbincang. Tapi payah, sbb aku jauh. Diorg dekat2. Lalu, untuk tak nak jadi watak ke-3 mcm dlm cerita hindustan, aku isytiharkan aku undur diri dan letak jawatan sbg ahli parlimen. Lalu bermula la episod aku sbg lone ranger sampai waktu aku taip entri ni. hehehe.

Daripada seorg yg xpernah keluar dgn prmpn lain sblm2 ni, aku try nak kenal seramai mgkin tmn2 prmpn. Aku nk kenal perangai diorang dan stail diorg. Lepas peristiwa pertama tu, skrg aku tak yakin lg dgn hubungan jangka masa pjg. Kalau aku minat sapa2 lg pun, aku just akan pendam dan aku akan tunggu sampai la waktu aku tau waktu tu aku dah redi untuk lamar dia dan jaga dia sbg my wife. =p

Kalau dalam tempoh aku tggu aku betul2 redi tu aku tiba2 tau dia dipikat or dh ada hubungan dgn orang lain, aku just akan senyum sendiri dan bgtau diri...mungkin bukan dia orgnya. Lbh2 lg aku brsyukur n hepi sbb dia dah jumpa orang yg sygkan dia dan secara tak langsungnya aku boleh teruskan hidup aku macam biasa.

Moga gf kedua nanti adalah my future wife. Adakah aku dh pernah jumpa? Hanya Tuhan yg tahu.

p/s: agak jiwang post aku kali ni. Mungkin aku ptt tinggal sndirian kt pulau. =p haha
13

Tekanan ini membunuhku...

Tekanan dlm hidup ada baiknya..

Tekanan yg sedikit akan bg kita beraksi pada kemuncak prestasi, kan? Tapi kalo dh tekanan yg melampau, boleh buatkan kita masuk hospital sakit jiwa. Salah satu kaedah untuk releasekan tekanan konon2nya adalah dgn 'share' problem tu.

Aku sbg manusia biasa yg sdg masuk alam dewasa, punya bnyk mslh. Problem plg besar aku, aku bkn jenis yg pandai share masalah. Dengan sapa aku nk share? Aku malu nk share problem. Makin banyak problem, makin susah aku nk kongsi dgn sapa2.

Kdg2, hati aku rasa macam mendidih. Bukan sebab marah tapi sebab tekanan yg maha dasyat. Tapi aku diam sj. Aku pendam dan buat macam biasa...walaupun di dlm rasa macam dah nak litar pintas. Bimbang juga kalau litar pintas berlaku nanti trpaksa masuk wad sakit jiwa. Tapi nak wat macam mana, aku segan nak share.

Pernah sekali dulu, aku duduk termenung sampai hampir 2 jam sebab fikirkan masalah2 aku kat dalam bilik. Lama kan? Kalau saja2 nak duduk macam tu aku takkan mampu. Tp time tu mmg rasa xsedar. Mungkin tu lah punca2 org dikatakan krg waras. Sbnrnya bkn krg waras, mungkin diorg sdg berfikir dgn mendalam. :)

Tadi, aku dan seorang kawan pergi ke mamak untuk minum teh tarik. Tempat tu tempat kitorg lepak2, borak2 dan minum2. Memang tempat biasa. Borak punya borak, mungkin sbb dah tak mampu nak tahan, aku sebut juga sikit2 problem aku. Sempat juga aku kata, kalau bukan sebab ada iman dan bunuh diri tu dosa besar, mungkin tu dah jadi option aku. Fuhh, gila gak kalo syaitan dah masuk campur. Tapi sbg muslim, batas2nya ttp ada kan...

Lagipun, aku sedar mmg semua orang ada masalah masing2. Masalahlah yg buatkan hidup ni jadi manis apabila kita berjaya selesaikan masalah tersebut. Mungkin lebih sesuai disebut sbg cabaran. Tapi cabaran2 tu mmg bagi aku tekanan.

Sekarang aku lega sedikit sbb dah dapat luah. Lain kali aku nak bagitau kucing kalau aku dalam tekanan yg maha dasyat lagi. Sekurang2nya walaupun dia tak faham, dia dah dengar.

Dan aku tak segan. Salam.
9

Kenapa hati aku ni?

Tiba2 hati aku rasa dup dap dup dap. Tiba2. Kenapa ni?

Adakah degupan Akademi fantasia? bukan.

Degupan sepakan penalti? Pun bukan.

Tapi aku memang rasa semacam skrg. Dah lama tak feel mcm ni.

Kalau selalu boleh sakit jantung ni. Stress ke?

Hmm..harap2 bkn gerak hati dari jauh. amin....

Salam....