12

Kan aku dah cakap semalam, tahniah Barcelona!!!

Di bahagian komen pada entri yg lepas yg bertajuk 'Tahniah Barcelona', aku ada sebut kalau Barca kalah, entri tu aku akan delete. Tapi, lepas kemenangan BERGAYA 2-0 terhadap Manchester United pagi tadi bukankah aku patut buat lagi 1 entri khas untuk meraikannya. Haha yesss3x! Kan aku dah cakap semalam...barca sure menang bergaya punya!

VS

0 - 2

***

Pagi tadi, aku setkan alarm pukul 3 pagi. Sebab aku ingat match start pukul 3 am. Rupanya pukul 2.45 am. Info sesat dari housemate aku la punya pasal tu. Nak tgok bola punya pasal sanggup pula set alarm, kan bagus kalo bole buat gitu untuk buat ibadah ke, kan? Haha. Ok, tu ceramah mini untuk aku.

Rumah sewa aku ada tv dan astro. Aku bangun2 je, housemate aku sorg tu tgh layan match. Aku dah terlewat dalam 10 minit. Aku tengok2 je dah ada gol. 1-0. Barca 1 - MU 0. Wah, cepatnya..dalam hati aku.

Aku tanak tengok dengan dia. Aku nak tengok kat kedai mamak. Selain sebab aku tak suka dengan sikap dia yg tak pandai nak respect org tidur tu, aku juga saja nak tgok kat kedai mamak untuk feel yg lebih. Housemate aku sorg ni mmg tak pandai respek org tido. Time tu ada sorg lg tdo kat ruang tamu. Tp dia buat bodo je pasang kuat2 mcm tgh hari. Pastu mnjerit2 mcm tak da fikiran. Kdg2 tu semua org lain tgh tido pun dia bole je buat bodo main drum ataupun gitar letrik dalam bilik dia. Rendah punya respek sama org lain.

Ok sambung citer. Aku target 1 kedai mamak ni. Aku start enjin moto bagi panas dalam beberapa saat je and terus broooommm. Dalam beberapa minit aku sampai kat restoran Ariff Maju kt serdang ni. Sapa pernah datang sini, kedai tu kat tepi food court yg org2 sini panggil 'padang' tu.

Sampai je sana, ya ampuunn..penuh! Bukan penuh je. Penuh sangat. Kerusi tak cukup, meja pun dah digunakan semaksimanya. Kongsi meja ramai2. Ada yg duduk atas moto je. Aku pun join la sekali dduk atas moto je. Aku tgok kanan, ada 2 orang mamat ni.

"Dah cek maulana yg tepi maybank tu tak?" Tanya aku tanpa bagi salam.

"Dah..penuh jugak. Mana lagi ada mamak?" Tanya diorg kat aku.

"Kat Azwath. Dah cek kat sana?" Tanya aku balik.

"Dah. Pun penuh jugak. Kat tepi KTM ada mamak kan?"

"Ada. Tapi tu kalau sampai sana pun penuh jugak, buang masa je. Hehe" Kata aku dengan mesranya padahal masing2 pun tak kenal. Salam pun tak bagi. Tapi masing2 sporting la. Semangat ukhwah dan mahabbah kefinalan kebolaan katakan. Muahaha.

Aku ada amek gambar betapa sesaknya kedai mamak yg biasanya kosong dan ada beberapa orang pakcik2 je sbg pengunjung tu. Tapi aku tak sempat nak transfer dari hanset lagi. Kalau nak tengok juga, nah amek hanset aku ni tengok sindri.

Haus lak dduk camnie je. Aku pon order milo suam dari atas moto tu. Baru romantik sikit minum atas moto. Hohoho. Tak lama lps tu mamak tu pegi import kerusi2 dan meja dari tempat lain. Dapat la juga kerusi. Yg meja tu aku share je dengan bebudak td tu.

"Ko sokong apa?" Tanya budak tu kat aku.

"Aku sokong barca. Ko sokong sapa?" Tanya aku sambil redi untuk simbah muka dia dengan air milo suam aku kalau jawapan dia mengecewakan.

"Aku anti-MU. So sapa2 yg lawan MU aku sokong. Malam ni aku sokong Barca walaupun aku penyokong chelsea. Dulu aku sokong Arsenal tapi dah tak berapa dah sekarang" Amboi, aku tanya pendek dia pegi bagitau lagi isi2 penting lain. Tapi takpa, jawapan memuaskan hati. Boleh duduk 1 meja.

Geng bebudak baju itam kat sebelah kitorang yg paling bising. Penyokong kuat Barca. Mati MU diorang kutuk. Sampai coach dia pun kena gelak jugak. Ramai btol penyokong Barca pagi tadi. Penyokong MU agak malu2. Mungkin sbb dah ketinggalan 1 gol. Hehehe.

Tak lama lepas tu, hujan turun. Nasib baik hujan kategori malu-malu. Hujan ada 2 kategori. Kategori malu-malu dan kategori berterus terang. Hujan malu2 adalah hujan yg turun rintik2 secara perlahan2 sebelum menambahkan dosnya sedikit demi sedikit.

Tapi masih boleh ditahan oleh mereka yg berjiwa kental macam kitorg pagi tadi. Semua tak berganjak. Aku cover kepala guna jaket je. Maklum la rambut pacak2 ni kena hujan sikit je terus ke kulit kepala. Geli la. Haha.

Hujan kategori berterus terang pulak agak kejam. Kalau korang time tu tengah ride atas moto, memang tak sempat nak cari tempat berteduh dah basah kuyup. Aku penah kena hujan berterus terang ni time membonceng moto kawan. Baru beberapa saat dah lebat giler. Bawah pokok la jawabnya kitorang berteduh. Dah la malam. Kalo org dalam keter nampak tu, sure diorg memandang dengan simpati. Hahahaha.

Sampai akhir permainan, Barca skor lagi. Kali ni melalui Messi. Gol pertama melalui Eto. Kalau korang cek balik entri aku semalam, aku ada tanya adakah Eto dan Messi akan skor? Well, nampaknya diorang dua2 skor. :). Henry pun sempat main walaupun tak full time. Dia sempat hampir2 skor je.

Keputusan akhir, Barcelona 2 dan Manchester United 0. Barca menang dan entri semalam aku pun selamat daripada perlu dikorbankan. Hahaha. Manannng!!
17

Tahniah Barcelona!

Menjelang perlawanan akhir champion league Barcelona vs Manchester United ni, suka aku dahulukan sekalung ucapan tahniah kepada team Barcelona dan para fan kelab Barca ini atas kemenangan yang bakal diraih.

Walaupun perlawanan belum lagi bermula, tapi keputusannya sudah kita ketahui bahawa Barca akan menang dengan bergaya. Muahahaha.

VS


Kepada fan ManU di sini, no heart feeling. Cuba lagi tahun depan. Dah bukan rezeki ManU dan anda, nak buat cmana? Hehehehehe.

Adakah Henry akan main pada final ni setelah lama duduk memanaskan kerusi tepi padang sebab injured? Haa itu yg kita sama-sama tak tau.

Adakah Messi akan score? Harap-harap la. Berapa bijik dia akan score kalau dia score? Haa itu pun kita sama-sama tak tau lagi.

Tapi adakah Barcelona akan menang? Haaa ini kita tau. Mestilah menang bergaya.

Eto pun mungkin akan score ini malam. Nampaknya, kena pegi kedai mamak lebih awal supaya dapat cop tempat duduk. Kompem penuh.

Kat umah ada astro, tapi biasalah..nak juga feel kemenangan barca ni dikongsi bersama-sama penonton lain.

Kepada para fan ManU, banyak2 bersabar yer...percayalah, semua ini sudah takdirrrr(guna stail hj bakhil bin kedekut cakap). Tapi kalo Barca yg kalah, aku nak delete la entri ni. Muahaha!
20

Dia takde kepala

Cerita ni berlaku lebih setahun lepas. Bukan pengalaman aku sendiri tapi pengalaman abg sepupu yang rapat dengan aku. Cik rerama kenal tu. Aku panggil dia 'abg yus' tp cik rerama nak juga panggil 'abg' je. Haha. Ok2, tu bukan apa yg aku nak cerita.

Kazen aku ni kerja dekat sebuah company kat KK. Company tu buat construction. Macam2 la jugak. Dia under department yg melibatkan sumber kayu waktu tu. Aku tak tau la apa nama sedap dia. Tapi tu lah secara tak sedapnya. So tugas dia, masuk hutan dengan pekerja2 dan gerakkan urusan2 sebegitu. kalau perlu deal dengan tuan tanah, dia yang akan buat.

Satu hari dia bertugas di Kota Belud. Nama kampung? Kpg Rampayan ****. Destinasi diorang adalah satu kawasan tinggal jauh di dalam hutan. Bekas tempat pendaratan kayu balak rasanya. Nak sampai sana mesti guna kereta pacuan 4 roda. Kalau bawak kereta kancil, alamatnya bercerailah badan dan nyawa. Ni bukan aku kata, pak belalang yang kata. Sampai kat tempat tu, hujan renyai2. Waktu pulak dah petang dah.

Untuk pengetahuan, kat sabah pukul 6 pm dah gelap sangat dah. Macam 7.30 pm di selangor. Kalau dekat alam jin mungkin dah siang dah. Maklumlah, kita malam diorg siang dan sebaliknya. Sebab tu lebih bnyk kes2 misteri kita waktu malam sebab diorg pun bekerja time tu. Kata ustaz la. So lepas diorg berlegar2 kat tempat tu, diorg dengar cerita tentang ada kayu balak berharga yg pernah tenggelam kat sungai tu dan tak dikeluarkan sampai sekarang.

Nilai kayu tu mungkin lebih RM20k. Kayu berkualiti dan terkenal. Tahan lama dan boleh tahan bertahun2 dalam air. So mungkin masih bagus. Diorang ada ber-4 waktu tu sebab nak meninjau2 tempat je. Dia paling muda dan ada 3 org lagi pakcik bersama.

Hujan renyai2 terus turun. Kat sekeliling takda orang sebab kat tengah hutan. Salah sorang dari diorg cuba menyelam nak tengok dalam mana kayu tu tenggelam kat dalam sungai. Dia tak dapat menyelam dalam2. Sebab takut ataupun tak pandai. hehe. Last2, diorg ambil keputusan untuk cari penduduk tempatan sahaja buat kerja tu.

Hari pun dah suram sangat so diorg ambik keputusan untuk datang balik nanti. Semua masuk dalam kereta.

Tiba2, dalam jarak beberapa puluh meter kat tepi kereta diorang nampak ada sorang lelaki tengah tunduk2 macam cari2 sesuatu. Tapi lelaki tu membelakangi diorang. So yang pakcik duduk depan ni pun jerit panggil orang tu. Dengan niat nak tanya dan minta tolong. Lepas beberapa kali jerit, orang tu pun pusingkan badan menghadap diorang.

Nak tahu apa yg bestnya? Badan dah pusing, tapi kepala tetap tak ada. Ingatkan tadi tu dia tengah tunduk sebab tu kepala dia diorg tak nampak. Sekali badan dah pusing, kepala masih juga takda. Leher dia macam terpotong tak sampai separuh. Kazen aku apa lagi, lepas pastikan yg cermin dia dah tutup(your safety first.hehehe) tak dapat nak cakap apa2 sebab semua pun dah terdiam dah time tu. Dia goyang2 kan kerusi driver suruh start enjin. Nasib baik kereta takda problem.

Diorang cepat2 gerak ke kampung berdekatan. Sampai situ, diorang pun tanyalah orang pasal kayu yg tenggelam tu. Tapi dalam borak2 tu, orang kampung macam stail gurau2 tanya diorg,

"Ada jumpa ke tadi?" Tanya orang kampung sambil senyum2.

"Biasa ja tu geng. Nda tu mengacau. Dia cari kepala dia. Dulu waktu tempat tu buka lagi, ada pekerja yang mati sebab tali untuk tarik kayu balak tu putus dan tali tu kena kepala dia. Pecah kepala dia. Biasa sudah orang nampak tu situ"

Kazen aku dan pakcik yang 3 orang lagi diam je kontrol tak takut walaupun tadi nak bsuara pun dah tak mampu dah. Hahaha.

:: Kisah benar yg kazen aku story sendiri dengan aku. Mesejnya, apabila roh keluar dari tubuh untuk selama2nya, kita mati. Selepas itu, roh adalah urusan Tuhan. Jasad semestinya akan reput dan kembali ke bumi. Jadi, siapakah yg berlegar-legar menakut-nakutkan kita ini? Mungkin jelmaan Syaitan dan Jin-jin kafir yang misi utamanya untuk menyesatkan pedoman dan keyakinan kita.

Tak dapat banyak pun, sikit diorang dapat juga. Walaupun aku tak sebaik mana, tapi dalam kes ni aku sentiasa kekalkan pendirian yang 'benda-benda' ni semua adalah jelmaan syaitan dan makhluk halus yang misi utama diorang sampai kiamat nanti adalah semata2 untuk rosakkan akidah. Jangan tertipu dan kata si fulan bin si fulan dah jadi hantu. Rohnya urusan Tuhan. Betul tak? Takut2 nanti, tujuan 'dia' berjaya.

:::Kazen aku tu kuat jalan sana-sini. Tu la banyak peluang untuk jumpa benda2 gitu. Pengalaman dah banyak dah jumpa benda2 mistik ni. Kepala terbang yang sambar rusa yg diorg tembak pun dia dah penah jumpa dah. Kat Sandakan kot cerita tu kalo aku tak silap.

Sekian entri aku ketika rajin. Kalau seram baca entri ni, sila tinggalkan komen. Kalau tak seram, sila tinggalkan komen jugak. tq
22

Rambutku rambut 'pacak-pacak' - Oh, ringan sekali kepalaku..

Stail rambut aku dari kecil dulu lg adalah belah tengah. Sampai la skrg. Rambut aku suka sangat memanjang dengan cepat dan automatik jadi stail tu walaupun guna jel. Tapi hari ni aku dah buat keputusan untuk guna cara yg lebih ekstrem. Aku minta abang Man gunting tu buat stail berdiri2. Spiky dia kata. Entah la ejaan dia spiky ke spikey yg penting main pointnya skrg kepala aku ringan giler. Hehe.

Memandangkan aku tak pernah post pict kt blog aku ni selain pict kat sebelah sidebar tu, aku post 2 keping ek. Sebelum dan selepas potong.


Memori rambut style belah tengah...




Rambut baru. Stail pacak2. Hohoho!


Sekian berita. Kembali kepada mazidul di studio. Silakan Mazidul!
26

Akhirnya...doktor pakar juga jawabnya

Salam...

Hari ni aku terpaksa beli tiket balik sabah. Tiket balik besok. Aku beli pakai kad kredit kakak aku. Aku bukan nak sangat. Tapi aku terpaksa. Keadaan kesihatan aku mendesak aku balik bersama keluarga untuk buat rawatan kat sana.

Pada awal2 posting blog ni dulu, aku penah sebut pasal aku appointment dengan doktor. In fact, dah 7,8 kali aku jumpa dengan doktor tu untuk buat rawatan aku. Yang terakhir adalah semalam. Semalam aku dapat 4 jenis ubat lagi.

Sebulan lepas, semuanya dah ok sikit. Bengkak kat lelangit aku dah kurang. Darah dah tak keluar kat gusi aku. Semuanya lepas makan ubat dan rawatan. Tapi entah pasal apa, hari khamis lepas tiba2 bengkak kat lelangit aku membesar mendadak. Tak cukup dengan tu, pipi aku pun bengkak. Aku sekarang macam orang yg baru lepa kena tumbuk kat pipi kanan. Bengkak tapi takda lebam.

Siapa nampak pun pasti perasan bengkak tu. Aku dah makan ubat semalam. Nak tengok perubahan. Tapi pagi ni bila aku bangun aku nampak bengkak makin membesar dan dah sampai kat mata kanan aku. Mata aku jadi sepet sikit macam orang kena gigit dengan penyengat. Pipi aku bula bengkak macam orang tengah kemam gula-gula. Hehe.

Gigi kat sebelah kanan mulut aku sakit. Nak kunyah makanan memang payah dan perlahan. Aku tak tau apa sakit sebenar aku. Yang aku pasti kalau dah sampai bengkak macam tu, it has something to do with saraf kat bahagian muka tu. May be sebab infection kat dalam lelangit mulut aku.

Lepas ni aku akan buat treatment kat sabah. Bukan sebab doktor kat KL tak pakar. Tapi kalau kita buat rawatan yg kita rasa agak besar dan kita tak tahu apa hasilnya nanti, sebaik2nya buat time faimly ada di sisi, kan? Aku tak tau apa penyakitnya, tapi aku berserah je la. Thank you buat pembaca blog. Salam.
21

Awek tu ada 2 pakwe..Fuhhh

Ok ni kisah real yg penah aku tonton depan mata. Aku tak sempat nak rakam so xder la 'lost tape' yg boleh aku share kat sini. Just stori2 camtu je la k. Dan oh ya before aku lupa, aku adalah dari type yg amat la 'rajin' menulis blog ni. SO kalo entri ni xda bunga2 dan stret to the point sgt, sila la minta password aku lps tu korang edit entri ni bagi panjang2 sesedap rasa korg. Hoho

Tajuk entri ni, awek yg ada 2 pakwe. Dari tajuk tu pn korang dah boleh faham apa sbnrnya yg aku nk stori kn? Kisah pasal sorg pmpn yg bergelar makwe kepada 2 pakwe. Tapi tanpa pengetahuan pakwe2 dia tu. Kemungkinan besar. Takkan la diorg tau plak kan.

Kisahnya camni. Aku waktu tu kat airport Termina 2(Air Asia Kota Kinabalu Airport). Aku tgh tggu nak masuk departure hall lepas check in. Oleh sebab lama lg nk masuk, aku tunggu je la kt depan pintu masuk tu. Kiranya wktu tu masih kt depan kedai yg jual coklat2 tu la. Ramai jg org aritu.

Dalam ramai2 org tu, aku pun sempat la nampak sorg awek ni tgh dduk dkt kerusi kat tmpt menunggu tu. Boleh thn jg orgnya. Hehe. Aku tengok sblh dia ada sorg mamat ni. May be abang dia or pakwe dia kot. So untuk pastikan relationship diorg, aku tgok aksi seterusnya. Wahh..bukan main lagi mcm kapel2 kat midvalley. Usap2 tgn, cium2 tgn dan penuh mesra. Ohh kapel rupanya. Mungkin salah sorg akan masuk flight dan salah sorg tinggal. Tu lah aksi hot je tu. Nak pisah jauh katakan. Dua2 bukan main lagi muka sedih. Yg pompuan tu pn lagi la. Sedih je muka nak pisah ngn pakwe dia tu. Kononlah.

Sampai masa, aku pun masuk ke departure hall. Duduk2 tunggu flight aku, aku nampak awek tu ada juga. Ohh sama flight ngan aku yer. Nak gi kl jugak rupanya. Tinggal la pakwe dia kt sabah. Masuk aircraft, aku tak la gi duduk sblh dia pulak. Aku duduk tepi tingkap macam biasa. Kalo bole aku nak duduk atas sayap kapal terbang tu je tp pramugari yg cantik tu tak bagi Dia kata dia suka aku and nanti aku kalo jatuh dan mati tak sempat pulak dia nak ajak aku dating. dan pegi genting Iyela2, yg ni aku tipu. Nak bg sedap sikit je stori pun xleh ke. hhuhu.

Macam biasa lg skali, aku layan tidur. Tau2 je dah sampai LCCT. Untuk memendekkan cerita, aku tiba2 ja dah dduk dalam bus SKY Bus yg akan gerak ke KL Central dan akan smpai dalam masa 1jam 15 minit. Aku pun tak taw camner aku bole ada dlm bas ni. Pdhl aku tak stori lg psl amek bagasi td. Pelik ni. Tiket bas ni harganya cuma RM9. Kalo nak lagi murah, gunakan Aerobus. RM8 je. Service sama top, harga je murah cket. Bus tak jalan lagi.

Macam biasa lagi sekali, aku duduk tepi tingkap bas sambil cuci2 mata. Al maklum la kt airport ni taw2 la view dia kan agak indah daripada biasa. Hehehe. Tiba-tiba(part ni saspen sikit), aku mcm nampak awek td tu. Tp mcm pelik jgk. Awek ni dgn lelaki lain. Tgok btol2, sah memang dia. Amboi, bukan main lg mesra siap muah2 dahi lagi tu. Tak pyh la describe pjg2 cuma diorg mmg mcm dah lama tak jumpa. Laki tu ada bawak keter. Dia angkatkan luggage ppmpn tu masuk keter dan diorg pun geraaaaaak...

Aku yg tgok situasi tu trkejut jgk. Tp aku senyum je la sbb bg aku awek tu smart jugak. Dari rumah nak gi epot Terminal 2, pakwe dia sana yg hantarkan. Sampai LCCT, pakwe dia yg kat sini ambilkan. Kira macam pakej la ni. Haha.

Agak2nya, berapa ramai yg guna teknik tu skrg? Atau adakah kita skrg salah seorg daripada 3 watak td? Kalo pun bukan sbg watak awek tu, mungkin ada yg sedang pgg watak pakwe dia yg kesian tu.

::Erm, agak pjg jgk entri aku kali ni. Aku ptt makan pizza utk meraikannya.
7

Saya menaip 45 perkataan seminit. Kalahkan saya!

Agak berlagak sikit bunyi tajuk ni kan? Memang tu pun tujuan dia. Hoho...

Sebenarnya aku baru je cuba try test tahap kelajuan menaip aku. Keputusannya, aku dapat taip 45 perkataan dalam seminit. Aku postkan result yg aku dapat.
45 perkataan

Speedtest



Speedtest

Kamu mencapai 235 markah, jadi kamu berada di posisi 11470 dari 78290 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 285 aksara seminit
you mendapat 45 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

Sebenarnya taklah susah sangat pun. Cuma taip perkataan yg kita nampak kat depan mata tu je dengan cepat. Best! Try la. Tengok brapa laju korang taip dalam seminit. Sure dapat lebih laju sikit dari aku tu. Sbb aku tadi ada gagap sikit sbb lupa nak bernafas. Haha
2

Post terbaru...

Ok pakcik google, ni entri terbaru aku. Jgn jatuhkan aku ke bawah.

Oh ya, 2 hari lepas akaun adsense aku kena banned. Bukan sebab tak update blog. Sebab ada trafik yg tinggi datang secara mendadak ke blog adsense aku. Kesian akaun adsense aku. Sekian post bermakna.
9

Kena santau? Pukau? ermmm..

Ingat lagi entri pasal housemate aku leukemia tu? Memang betul dia leukemia. Tapi ingt lagi tak pasal dia muntah2 darah tu? Katanya mungkin sebab keracunan makanan. Tapi doktor pun tak pasti sangat pasal tu.

Mungkin peristiwa 2 malam sebelum tu ada kaitan? Dia dalam bas perjalanan jarak jauh dari johor ke serdang. Travel malam dan sampai dalam pukul 10 pm. Dalam bas ada sorg lelaki dari negara jiran. Kawan aku ni tidur dan cover badan guna jaket cover badan.

Nak dipendekkan cerita, bila dia sampai R&R serdang dia pun turun dan balik rumah kitorg. Peliknya, sampai kat rumah baru dia sedar yg beg duit yg ikat kat perut dia tu hilang. duit dalam tu ada dalam RM800. Juga IC dan kad2 bank serta lesen. Hilang!

Tengah malam tu juga kitorg(3 org) ke KL cari bas tu. Bas KKKL Batu pahat-KL. Semua port bas tu parking kat KL kitorg raun. Memang tau duit tu takkan jumpa. Tapi sekurang2nya ada IC, lesen dan kad bank yg tinggal. Tapi malangnya, tak jumpa juga. Besok paginya baru kawan ni dapat jumpa bas tu.

Malam lepas tu la kawan start sakit perut dan muntah darah. Sampai la dia masuk ICU besoknya malamnya. Beberapa hari lepas tu dia keluar hospital dan family dia suruh balik kampung. Malam ni dia dah balik rumah kat serdang ni. Tapi lain sikit stail dia. Dia sbnrnya agak aktif gak. Tapi tadi tengok mcm bersopan santun sikit. Hehe. Cakap pun agak lemah lembut la sikit.

Rupa2nya dia cakap dia rasa mamai semenjak malam tu sampai la sekarang. Rasa panas semacam je dalam badan. Dia kata mak dia cakap mungkin dia terkena pukau ke santau ker. Tapi bapa dia tak suruh percaya mender2 tu. Aku pun tak yakin sangat yg dia kena benda tu tapi oleh sebab aku tau yg benda2 mcm tu makin banyak sekarang ni (ada baca metro minggu lepas pasal santau berdarah?) so aku letakkan 50/50 je la kemungkinan tu.

Hope tu bkn sbb penyakit leukemia dia la. Kepada para pengamal ilmu2 hitam ni(wpun aku tau diorg takde masa nak baca blog aku ni.hehe) ni aku ada pesanan khas dan idea bernas ni. Kalau korang nak lagi kaya, apakata korang pukau bank ataupun kedai2 besar macam Giant ke, Carefour ke Mydin ke? Lepas tu korang masukkan semua duit tu dalam beg dan blah. Tak pun terus bank-in kan kat bank yg korang curi tu?

Ala jgn bimbangla psl CCTV...pukau pak guard tu sekali dan bawak tape dia lari. Tu la...selain terer psl pukau2 orang, korang kena juga belajar teknologi2 ni supaya kerja memukau dan menyantau lebih efisien. Dan korang juga kena ada blog sendiri untuk cari pelanggan. Err..jgn lupa add link ke sini yer...
7

Kreatif nyer korang, pakcik!

Thanks to cik yana yg forwardkan emel ni. Memandangkan emel ni mmg best, jari aku bergerak dgn sendirinya untuk 'copy' dan 'paste' kat sini photo2 ni. Hal yg sebenarnya, aku takda idea nak buat entri baru. Lawa btol gambar2 ni. Sapa2 yg ada emel yg best2(seram, lawak atau apa2 shj...forward kt hamba k...syahir2104 di pakcik yahoo dot com)

OK jom usha:



Sbnrnya ada bnyk pict..tp xtau la error apa yg muncul tu sampai 1 pict ni je aku dpt uploadkan. Suri la yer para suri rumah....

Fuhhh...setel 1 entri baru(sambil lap dahi).