6

11 tahun lepas di Kota Kinabalu airport..

Hari ni aku mcm biasa teruskan aktiviti meronda-ronda di alam internet ni. Salah satu medan melepak aku adalah forum yang sudah lama aku join tapi dah lama aku tinggalkan. Baru2 ni je aku dengan muka tak malunya datang dan mengaktifkan diri balik.


Dalam meronda-ronda tu, aku pun baca la thread2 best dan menghiburkan hati di samping mengusik2 sumandak(aweks) yang ada di sana. Just gurau2 je. Sebab diorg pun semua sporting dan suka bgurau serta kiut2.hehehe.

Tiba-tiba aku tnampak 1 topik pasal kisah pengalaman memalukan & lucu yang pernah terjadi kat diri sendiri. Membaca experience2 diorg ni samalah umpama seekor kumbang yg comel yang sedang mendengar siaran radio kumbangcomel.fm dalam slot pagi bersama Din Beramboi. Urat-urat dan usus-usus kecilku macam ditarik2 dan tiba2 peti suara berbunyi2 mengeluarkan suara yang dikenali sbg ketawa berdekah2 tetapi menten ensem.

Aku pun sebenarnya ada pengalaman memalukan yg penah jadi kt aku dalam 11 thn yg lepas. Waktu tu mmg la malu. Tp skrg dah jadi pglmn lucu. Aku tak penah bgtau sapa-sapa termasukla ex gf aku selain mak aku. Tu pun sekali ja aku bagitau dan aku kena gelak. Tp skrg sure dia dah tak ingt lg. Hehehe

Tahun 1998, aku masuk form 1. Sebagai pelajar yg comel dan kiutAku dapat tawaran untuk further study kt Miri, Sarawak under program Pertukaran Pelajar Sabah-Sarawak. Actually b4 tu aku dapat offer ke semenanjung kalo tak silap. Tapi memandangkan jauh sangat, kiotrg minta tmpt yg plg dekat. Miri la jwbnya. Aku dapat ke Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri. So kitorg pun buat la macam2 preparation. Setelah melalui proses tangisan dalam laguBila semua dah redi, sampailah hari bertolak. Semua pelajar under program tu yg akan diterbangkan ke Semenanjung dan Sarawak tu diorientasikan dulu selama 1 hari di Kompleks sukan, Likas. Besoknya, semua bertolak ke airport.

Sampai kat epot kitorg pun masuk dan tggu masuk pesawat. Yg peliknya, aku nampak uncle aku kat sana dgn sorg pacik tu tgh borak2. Then memandangkan dah nak masuk pesawat, aku pun pegi sana nak salam dia. Time aku dah hulur tangan tu, baru aku tau yg dia adalah pekerja epot tu dan bkn pakcik aku. Dia pun time tu blur. Alamak...salah orgg...tp memandangkan aku dh hulur tgn, dia pn smbut jg tgn akusambil snyum2 kambing thn gelak. Lepas je aku salam tu aku blah cepat2 dan tak pusing belakang dah. Terus masuk pesawat tahan malu. Hahahahaha

Sekarang, tiap kali aku sampai kat epot MAS KK je mesti teringat kisah tu. Kompem la senyum2 kan. Hihihi...aku rasa benda ni dah mempengaruhi hidup aku kot. Aku skrg ni hati2 sgt tkut slh org lagi. Kadang2 mesti awek2 ingt aku sgaja sombong tak senyum kt diorg bila bertentang muka, sbnrnya aku malu bknnya smbong...Hehehe

Kesimpulannya..jangan bunuh rama-rama.

6 comments:

pink_butterfly said...

apa kaitan ayat terakhir dgn entri ni?

Syah said...

ayat terakhir tu bnyk kaitannya dgn entri tu. tu la rumusan utk keseluruhan perenggan.hehehe

pink_butterfly said...

enchek,

kenapa tiada shoutbox?

Syah said...

mau shoutbox jg ka? ba3...jap lg la hamba add..

pink_butterfly said...

syah!



eeeiii nda malu...salah urg~~~~

Syah said...

mmg malu..heheee