2

Jahilnya Para Menteri...Jangan menyibuk, biarlah Kartika dihukum!

Bukan hanya jahil, malah biadap. Dah jahil tu duduk la diam2. Buat kerja korang tu. Jangan dok menyibuk kat benda-benda yg korang tak tau. Buat je projek yg korang ada. Jaga kementerian korang tu.

Bila ada orang kata pakai tudung tak wajib, janggut tu bukan sunnah Nabi, hina hukum Hudud dan macam-macam lagi korang reti pulak duduk diam2. Bila artis2 buka sana sini, korang diam2 pulak.

Bila orang hina dan kata poligami tu tak ada, korang diam2. Malah sokong lagi. Bila orang minum arak, korang diam2. Tak tau la kalau ada yg dah biasa buat jugak.

Bila ada orang yg anti hadis, apa respon korang? Apa yg korang pernah buat bila sister in islam keluarkan hukum yg macam2 dan pelik2? Tapi bila Mahkamah Syariah buat keputusan nak hukum orang yg minum arak, korang bising! Apa yg kecoh sangat, sebab takut undang2 tu merebak sampai kena kat engkorang sama ke???

Blah la. Jadi menteri konon. Jadi pi em tp buat malu je. Biar je la mahkamah syariah nak buat kerja dia. Yg nak tekan2 apasal? Dulu sapa yg buat pegawai JAWI letak jawatan sebab tangkap jeslina hashim al hadhari kat kelab malam tu? Anak sapa pula yg puas hina2 JAWI kata diorang menyibuk hal org lain dan berpura-pura alim tu? Bukan anak ex pi em ke?

Kalo korang nak bising2 psl politik, bising je. Tu memang kerja korang. Tapi jgn kalo mahkama syariah nak wat keje la wei. Kitorg yg jahil(agakla jugak) ni pun paham dan hormat benda tu. Korang yg mngaku menteri tak kan bod o sgt kot?

Sekian. Nukilan nak puaskan hati marah time bulan2 Ramadhan ni. Khas untuk yg berkenaan. (Kalau tak tau, boleh baca paper)
2

Add me...

Setelah dengan susah pyhnya, akhirnya hati dan jari jemari ni berjaya jugak pujuk pakcik malas untuk berehat sebentar untuk memberi laluan kepada jari2 update blog ni dalam 2 minit setengah. Aku pun tak tau orang datang ke tak visit blog ni sbb aku sendiri dah malas nak visit. Hahaha.

Ye la...apa yg aku nak visitkan kalo aku sendiri tau yang aku takde wat update baru pun kan. Hehe.

Dalam entri penuh kerajinan ni, aku nak ajak cik2 dan encik2 sekalian untuk add aku kat friendster, myspace, facebook dan jugak YM. Aku letakkan emel and id aku kat bawah ni. Manalah tau kita terserempak nanti kan.

Friendster: syahir2104 at yahoo.com
Myspace: myspace.com/balaipolis <----amacam, gempak tak nama? Facebook: syahir2104 at yahoo.com
YM: Balanbalan04 <-----balan2 adalah hantu yg femes kat sabah. Amacam, ganas tak id aku? hua3 Ok2 pakcik malas dah nak masuk balik. Dia dah mai dah...dia dah mai...ok sampai sini je. Salam!
2

Update...

Blog ni dah bersawang dah sebab tuan penunggu blog malas sangat nak update dan bersihkan. Maklumlah, rajin katakan..

Baru sebulan lepas operation aritu, bengkak dah tumbuh balik. Kali ni bukan kat tempat lama. Bukan kat lelangit, tapi betul2 kat tempat para doktor buat operation aritu. I suspect infection kot. Tapi sebenarnya dah malas dah nak gi klinik jumpa doktor lagi. Dah berbelas kali dah kot. Adoi malasnya hamba.

Sekian berita pendek. Harap takda lagi pilihanraya lepas ni. tq
6

Update pendek: Selepas operation

Lepas 2 visit dan 1 operation yg dilakukan oleh doktor pakar and the geng, skrg hamba tengah berehat sementara menunggu bengkak di mulut dan pipi surut. Minggu depan perlu datang jumpa doktor lagi untuk buka jahitan dekat gusi.

Skrg masih perlu pakai ada acuan lelangit dan besi pada gigi untuk support pressure kt dalam tu sbb aritu kena korek abis. Pembedahan hampir 2 jam dan berjaya. Selamat berblog semua! Salam
12

Kan aku dah cakap semalam, tahniah Barcelona!!!

Di bahagian komen pada entri yg lepas yg bertajuk 'Tahniah Barcelona', aku ada sebut kalau Barca kalah, entri tu aku akan delete. Tapi, lepas kemenangan BERGAYA 2-0 terhadap Manchester United pagi tadi bukankah aku patut buat lagi 1 entri khas untuk meraikannya. Haha yesss3x! Kan aku dah cakap semalam...barca sure menang bergaya punya!

VS

0 - 2

***

Pagi tadi, aku setkan alarm pukul 3 pagi. Sebab aku ingat match start pukul 3 am. Rupanya pukul 2.45 am. Info sesat dari housemate aku la punya pasal tu. Nak tgok bola punya pasal sanggup pula set alarm, kan bagus kalo bole buat gitu untuk buat ibadah ke, kan? Haha. Ok, tu ceramah mini untuk aku.

Rumah sewa aku ada tv dan astro. Aku bangun2 je, housemate aku sorg tu tgh layan match. Aku dah terlewat dalam 10 minit. Aku tengok2 je dah ada gol. 1-0. Barca 1 - MU 0. Wah, cepatnya..dalam hati aku.

Aku tanak tengok dengan dia. Aku nak tengok kat kedai mamak. Selain sebab aku tak suka dengan sikap dia yg tak pandai nak respect org tidur tu, aku juga saja nak tgok kat kedai mamak untuk feel yg lebih. Housemate aku sorg ni mmg tak pandai respek org tido. Time tu ada sorg lg tdo kat ruang tamu. Tp dia buat bodo je pasang kuat2 mcm tgh hari. Pastu mnjerit2 mcm tak da fikiran. Kdg2 tu semua org lain tgh tido pun dia bole je buat bodo main drum ataupun gitar letrik dalam bilik dia. Rendah punya respek sama org lain.

Ok sambung citer. Aku target 1 kedai mamak ni. Aku start enjin moto bagi panas dalam beberapa saat je and terus broooommm. Dalam beberapa minit aku sampai kat restoran Ariff Maju kt serdang ni. Sapa pernah datang sini, kedai tu kat tepi food court yg org2 sini panggil 'padang' tu.

Sampai je sana, ya ampuunn..penuh! Bukan penuh je. Penuh sangat. Kerusi tak cukup, meja pun dah digunakan semaksimanya. Kongsi meja ramai2. Ada yg duduk atas moto je. Aku pun join la sekali dduk atas moto je. Aku tgok kanan, ada 2 orang mamat ni.

"Dah cek maulana yg tepi maybank tu tak?" Tanya aku tanpa bagi salam.

"Dah..penuh jugak. Mana lagi ada mamak?" Tanya diorg kat aku.

"Kat Azwath. Dah cek kat sana?" Tanya aku balik.

"Dah. Pun penuh jugak. Kat tepi KTM ada mamak kan?"

"Ada. Tapi tu kalau sampai sana pun penuh jugak, buang masa je. Hehe" Kata aku dengan mesranya padahal masing2 pun tak kenal. Salam pun tak bagi. Tapi masing2 sporting la. Semangat ukhwah dan mahabbah kefinalan kebolaan katakan. Muahaha.

Aku ada amek gambar betapa sesaknya kedai mamak yg biasanya kosong dan ada beberapa orang pakcik2 je sbg pengunjung tu. Tapi aku tak sempat nak transfer dari hanset lagi. Kalau nak tengok juga, nah amek hanset aku ni tengok sindri.

Haus lak dduk camnie je. Aku pon order milo suam dari atas moto tu. Baru romantik sikit minum atas moto. Hohoho. Tak lama lps tu mamak tu pegi import kerusi2 dan meja dari tempat lain. Dapat la juga kerusi. Yg meja tu aku share je dengan bebudak td tu.

"Ko sokong apa?" Tanya budak tu kat aku.

"Aku sokong barca. Ko sokong sapa?" Tanya aku sambil redi untuk simbah muka dia dengan air milo suam aku kalau jawapan dia mengecewakan.

"Aku anti-MU. So sapa2 yg lawan MU aku sokong. Malam ni aku sokong Barca walaupun aku penyokong chelsea. Dulu aku sokong Arsenal tapi dah tak berapa dah sekarang" Amboi, aku tanya pendek dia pegi bagitau lagi isi2 penting lain. Tapi takpa, jawapan memuaskan hati. Boleh duduk 1 meja.

Geng bebudak baju itam kat sebelah kitorang yg paling bising. Penyokong kuat Barca. Mati MU diorang kutuk. Sampai coach dia pun kena gelak jugak. Ramai btol penyokong Barca pagi tadi. Penyokong MU agak malu2. Mungkin sbb dah ketinggalan 1 gol. Hehehe.

Tak lama lepas tu, hujan turun. Nasib baik hujan kategori malu-malu. Hujan ada 2 kategori. Kategori malu-malu dan kategori berterus terang. Hujan malu2 adalah hujan yg turun rintik2 secara perlahan2 sebelum menambahkan dosnya sedikit demi sedikit.

Tapi masih boleh ditahan oleh mereka yg berjiwa kental macam kitorg pagi tadi. Semua tak berganjak. Aku cover kepala guna jaket je. Maklum la rambut pacak2 ni kena hujan sikit je terus ke kulit kepala. Geli la. Haha.

Hujan kategori berterus terang pulak agak kejam. Kalau korang time tu tengah ride atas moto, memang tak sempat nak cari tempat berteduh dah basah kuyup. Aku penah kena hujan berterus terang ni time membonceng moto kawan. Baru beberapa saat dah lebat giler. Bawah pokok la jawabnya kitorang berteduh. Dah la malam. Kalo org dalam keter nampak tu, sure diorg memandang dengan simpati. Hahahaha.

Sampai akhir permainan, Barca skor lagi. Kali ni melalui Messi. Gol pertama melalui Eto. Kalau korang cek balik entri aku semalam, aku ada tanya adakah Eto dan Messi akan skor? Well, nampaknya diorang dua2 skor. :). Henry pun sempat main walaupun tak full time. Dia sempat hampir2 skor je.

Keputusan akhir, Barcelona 2 dan Manchester United 0. Barca menang dan entri semalam aku pun selamat daripada perlu dikorbankan. Hahaha. Manannng!!
17

Tahniah Barcelona!

Menjelang perlawanan akhir champion league Barcelona vs Manchester United ni, suka aku dahulukan sekalung ucapan tahniah kepada team Barcelona dan para fan kelab Barca ini atas kemenangan yang bakal diraih.

Walaupun perlawanan belum lagi bermula, tapi keputusannya sudah kita ketahui bahawa Barca akan menang dengan bergaya. Muahahaha.

VS


Kepada fan ManU di sini, no heart feeling. Cuba lagi tahun depan. Dah bukan rezeki ManU dan anda, nak buat cmana? Hehehehehe.

Adakah Henry akan main pada final ni setelah lama duduk memanaskan kerusi tepi padang sebab injured? Haa itu yg kita sama-sama tak tau.

Adakah Messi akan score? Harap-harap la. Berapa bijik dia akan score kalau dia score? Haa itu pun kita sama-sama tak tau lagi.

Tapi adakah Barcelona akan menang? Haaa ini kita tau. Mestilah menang bergaya.

Eto pun mungkin akan score ini malam. Nampaknya, kena pegi kedai mamak lebih awal supaya dapat cop tempat duduk. Kompem penuh.

Kat umah ada astro, tapi biasalah..nak juga feel kemenangan barca ni dikongsi bersama-sama penonton lain.

Kepada para fan ManU, banyak2 bersabar yer...percayalah, semua ini sudah takdirrrr(guna stail hj bakhil bin kedekut cakap). Tapi kalo Barca yg kalah, aku nak delete la entri ni. Muahaha!
20

Dia takde kepala

Cerita ni berlaku lebih setahun lepas. Bukan pengalaman aku sendiri tapi pengalaman abg sepupu yang rapat dengan aku. Cik rerama kenal tu. Aku panggil dia 'abg yus' tp cik rerama nak juga panggil 'abg' je. Haha. Ok2, tu bukan apa yg aku nak cerita.

Kazen aku ni kerja dekat sebuah company kat KK. Company tu buat construction. Macam2 la jugak. Dia under department yg melibatkan sumber kayu waktu tu. Aku tak tau la apa nama sedap dia. Tapi tu lah secara tak sedapnya. So tugas dia, masuk hutan dengan pekerja2 dan gerakkan urusan2 sebegitu. kalau perlu deal dengan tuan tanah, dia yang akan buat.

Satu hari dia bertugas di Kota Belud. Nama kampung? Kpg Rampayan ****. Destinasi diorang adalah satu kawasan tinggal jauh di dalam hutan. Bekas tempat pendaratan kayu balak rasanya. Nak sampai sana mesti guna kereta pacuan 4 roda. Kalau bawak kereta kancil, alamatnya bercerailah badan dan nyawa. Ni bukan aku kata, pak belalang yang kata. Sampai kat tempat tu, hujan renyai2. Waktu pulak dah petang dah.

Untuk pengetahuan, kat sabah pukul 6 pm dah gelap sangat dah. Macam 7.30 pm di selangor. Kalau dekat alam jin mungkin dah siang dah. Maklumlah, kita malam diorg siang dan sebaliknya. Sebab tu lebih bnyk kes2 misteri kita waktu malam sebab diorg pun bekerja time tu. Kata ustaz la. So lepas diorg berlegar2 kat tempat tu, diorg dengar cerita tentang ada kayu balak berharga yg pernah tenggelam kat sungai tu dan tak dikeluarkan sampai sekarang.

Nilai kayu tu mungkin lebih RM20k. Kayu berkualiti dan terkenal. Tahan lama dan boleh tahan bertahun2 dalam air. So mungkin masih bagus. Diorang ada ber-4 waktu tu sebab nak meninjau2 tempat je. Dia paling muda dan ada 3 org lagi pakcik bersama.

Hujan renyai2 terus turun. Kat sekeliling takda orang sebab kat tengah hutan. Salah sorang dari diorg cuba menyelam nak tengok dalam mana kayu tu tenggelam kat dalam sungai. Dia tak dapat menyelam dalam2. Sebab takut ataupun tak pandai. hehe. Last2, diorg ambil keputusan untuk cari penduduk tempatan sahaja buat kerja tu.

Hari pun dah suram sangat so diorg ambik keputusan untuk datang balik nanti. Semua masuk dalam kereta.

Tiba2, dalam jarak beberapa puluh meter kat tepi kereta diorang nampak ada sorang lelaki tengah tunduk2 macam cari2 sesuatu. Tapi lelaki tu membelakangi diorang. So yang pakcik duduk depan ni pun jerit panggil orang tu. Dengan niat nak tanya dan minta tolong. Lepas beberapa kali jerit, orang tu pun pusingkan badan menghadap diorang.

Nak tahu apa yg bestnya? Badan dah pusing, tapi kepala tetap tak ada. Ingatkan tadi tu dia tengah tunduk sebab tu kepala dia diorg tak nampak. Sekali badan dah pusing, kepala masih juga takda. Leher dia macam terpotong tak sampai separuh. Kazen aku apa lagi, lepas pastikan yg cermin dia dah tutup(your safety first.hehehe) tak dapat nak cakap apa2 sebab semua pun dah terdiam dah time tu. Dia goyang2 kan kerusi driver suruh start enjin. Nasib baik kereta takda problem.

Diorang cepat2 gerak ke kampung berdekatan. Sampai situ, diorang pun tanyalah orang pasal kayu yg tenggelam tu. Tapi dalam borak2 tu, orang kampung macam stail gurau2 tanya diorg,

"Ada jumpa ke tadi?" Tanya orang kampung sambil senyum2.

"Biasa ja tu geng. Nda tu mengacau. Dia cari kepala dia. Dulu waktu tempat tu buka lagi, ada pekerja yang mati sebab tali untuk tarik kayu balak tu putus dan tali tu kena kepala dia. Pecah kepala dia. Biasa sudah orang nampak tu situ"

Kazen aku dan pakcik yang 3 orang lagi diam je kontrol tak takut walaupun tadi nak bsuara pun dah tak mampu dah. Hahaha.

:: Kisah benar yg kazen aku story sendiri dengan aku. Mesejnya, apabila roh keluar dari tubuh untuk selama2nya, kita mati. Selepas itu, roh adalah urusan Tuhan. Jasad semestinya akan reput dan kembali ke bumi. Jadi, siapakah yg berlegar-legar menakut-nakutkan kita ini? Mungkin jelmaan Syaitan dan Jin-jin kafir yang misi utamanya untuk menyesatkan pedoman dan keyakinan kita.

Tak dapat banyak pun, sikit diorang dapat juga. Walaupun aku tak sebaik mana, tapi dalam kes ni aku sentiasa kekalkan pendirian yang 'benda-benda' ni semua adalah jelmaan syaitan dan makhluk halus yang misi utama diorang sampai kiamat nanti adalah semata2 untuk rosakkan akidah. Jangan tertipu dan kata si fulan bin si fulan dah jadi hantu. Rohnya urusan Tuhan. Betul tak? Takut2 nanti, tujuan 'dia' berjaya.

:::Kazen aku tu kuat jalan sana-sini. Tu la banyak peluang untuk jumpa benda2 gitu. Pengalaman dah banyak dah jumpa benda2 mistik ni. Kepala terbang yang sambar rusa yg diorg tembak pun dia dah penah jumpa dah. Kat Sandakan kot cerita tu kalo aku tak silap.

Sekian entri aku ketika rajin. Kalau seram baca entri ni, sila tinggalkan komen. Kalau tak seram, sila tinggalkan komen jugak. tq