7

Padankah muka awek ni sekarang?


Kadang-kadang bila kita tengok seseorang, apa yang dia dah buat dan kesan perbuatan dia tu ada masanya kita akan kata, padan muka! Tapi kalau kita fikir balik, kesian juga. Aku rasa situasi ni sama dengan apa yang jadi dengan ex gf kawan aku ni.

Aku pernah cerita pasal benda ni sebelum ni kat sini. Aku pernah bagitau bagaimana baiknya kawan aku ni kat bekas awek dia ni. Kerana sayang dia kat awek tu, SETIAP hari dia belikan makanan tengah hari untuk awek tu dan hantar ke kolej dia. Bukan dia minta pun awek tu bayar balik. Dia guna duit sendiri. Sebab dia sayang awek tu. Sebab sayangkan awek tu jugalah dia tak sentuh awek tu. Dia tak pegang pun tangan awek tu kalau keluar berjalan-jalan, sebab dia tau batas-batas yang perlu dijaga. Layanan pula first class. Hubungan tak pernah terputus. Setiap hari dia akan call awek tu. Bahkan waktu kat Hongkong dulu pun dia sanggup beli satu simkad khas untuk bergayut dengan awek tu sepanjang berada di sana. Macam tu punya sayang dia kat awek tu. 3 tahun hubungan tu berterusan.

6 bulan lepas, entah kat mana punca masalahnya awek tu tiba-tiba buat hal. Macam-macam alasan dia bagi asal saja dapat keluar bersama seorang lelaki lain ni. Patutnya dia tak buat macam tu. Patutnya dia bersyukur dapat pakwe yang caring, romantik dan setia macam tu. Sebut pasal romantik dan setia, aku tak pertikaikan pasal tu. Aku sendiri nampak bagaimana kawan aku ni sanggup design kad ucapan dan print kad tu kat kedai khas untuk awek ni tadi. Kalau pakwe lain, sanggup ke nak buat sendiri? Kawan aku kata dengan buat macamtu akan nampak usaha dia lebih ikhlas. Betul juga tu. Bila sebut soal setia pula, sepanjang aku kawan dengan dia tak pernah lagi dia bergayut ataupun keluar ke mana-mana dengan perempuan lain. Yang dia biasa bergayut kat telefon pun selain dengan awek tu, dengan arwah mak dia je. So bagi aku awek dia tu dah mulakan masalah bila dia mula keluar dengan lelaki lain. Antara alasan yang dia bagi, dia rasa terkongkong sebab tak bebas nak keluar dengan lelaki lain? WTH(What the tuuuut)??? Woi awek, ko dah dapat pakwe baik macam tu patut ko bersyukur dan jaga dia baik-baik.

Akhirnya, perempuan tu pilih lelaki lain tadi. Kawan aku terpaksa bawa diri. Kesian aku dengan dia. Beberapa minggu lepas tu, mak dia pula meninggal. Makin aku kesian. Beberapa bulan ni, kawan aku berubah. Dia selalu je keluar dengan kawan-kawan perempuan dia. Dia dah start masuk ke lorong playboy. Aku hanya mampu bagi nasihat sikit-sikit setakat yang termampu. Adoi macam baik je bunyi. Hehe. Tapi rupanya kawan aku ni buat keputusan yang lagi drastik. Tiba-tiba dia ambik keputusan untuk BERTUNANG! Wow, terkejut jg aku. Tapi aku tumpang hepi sebab lepas ni dia boleh fokus dah kat seorang perempuan dan kerjaya dia. Sekarang, dia dah mula bahagia balik. Tunang dia seorang yang sangat memahami. Kawan aku tu pun dah tak layan dah perempuan-perempuan lain. Bagus..

Oh ya, apa jadi dengan ex awek dia tadi? Semalam, perempuan tu kol kawan aku ni. Dia kata dia takde duit nak makan...dia nak pinjam duit. Sebab terkejut, kesian dan mungkin ada lagi sisa2 sayang tu, kawan aku offer nak bank in kan duit untuk dia sebab tak nak jumpa. Dia nak jaga hubungan dengan tunang dia. Lepas tu perempuan tu pula kata kalau bank-in, dia tak ada kenderaan nak pergi ambik kat bank. Abis tu boyfriend mana? Dia tanak tolong...kata awek tu. So, apa yang aku boleh belajar dari sini...hargailah seseorang yang baik dan menyayangi kita. Kalau tak, hanya dua perkataan ni yang aku boleh kata...PADAN MUKA! Sekarang dia selalu kol dan nangis2...nyesal kot.

Ya, mungkin agak kasar dan biadap untuk kata macam tu dekat orang yang tengah kesusahan. Tapi, cuba ko bandingkan balik boyfriend ko yg sekarang dengan yang ko buang dulu tu. Yang dulu tu walaupun ada motor ex-5 lama je, tapi sanggup belanja ko makan tiap2 hari. Siap belikan dan ada delivery service lagi. Boyfriend ko sekarang, ada kereta kancil tapi nak bawa ko pegi bank pun taknak??? Sanggup biarkan ko kelaparan sampai ko terpaksa minta tolong dengan ex bf?? Lagi sekali, padan muka! Rugi sungguh dirimu..aku turut bersimpati sedikit.

7 comments:

dude said...

pompuan mesti macam tu kan.
kalau lelaki tu nampak cam baik sgt diorang tanak.
wtfish?

ainShahajar said...

takdir tuhan mengatasi

penah gak kene.. 5thn bercinta.. exbf wat hal

biarkan. Allah kan maha adil =)

sabar

dude - saya suka laki2 baik

::FAIZ FARISH:: said...

Life is Gamble...

Abang said...

Life is gamble ke bro? alamak..aku tanak bjudi. cmner ni..=D

Mr.Nik Syafiq said...

blajar la bersyukur

anyss said...

Salam,
Entri sdr buat saya terpanggil untuk memunculkan diri ;).

Biasanya, kita akan lebih hargai apa yang kita dah hilang. Jadi, sekarang ni xawek dia tu dah tau menghargai sebabnya, bukan semua orang sanggup baik dengan kita dengan ikhlasnya...

Dude: saya juga cari lelaki yang baik sahaja...tetapi yang jumpa semuanya tutttttttttt...jadinya, redha sahajalah. Mana tau, Allah memang nak munculkan sang putera super baik selepas ni ;)

ain said...

hurm...ciannye...