5

Celcom Berukband yg mcm tuuuut...

Post ni layak kat twitter je sbb pendek sangat. Tp memandangkan aku takda twitter so aku bantai la kat sini pon. Aku nak tanya satu soalan, kalau pengguna celcom broadband keluar ke CC semata2 untuk buka emel dan login facebook apa maknanya?

Adakah bermaksud dia seorang yg kaya raya dan mahu buang duit di cc sebab duit tak tau nak buang kat mana dah? Duit dah tak tau nak campak mana? Atau saja nak buang minyak moto? Atau bosan duduk kat rumah? Atau sebab celcom broadband yg selow giler tahap berukband?

Antara semua plhn jawapan tu yg paling tepat adalah pilihan terakhir. Ditambah lagi dengan soalan, apakah persamaan antara celcom broadband dan siput babi?Betul. Kedua2nya lambat. Lambat macam apa...mcm batuuuuuutttt...disebabkan perbezaan yg amat tipis tu antara siput babi dan celcom broadband, kadang2 agak sukar untuk mengenal pasti samaada yg kita pijak time pagi2 tu adalah seekor siput babi ataupun celcom broadband. Begitulah perumpamaannya.

Sekarang aku kat cc. Sebab tadi aku try login facebook dah bagi 20 minit pun tak masuk2 jugak. Celcom tak rasa ke diorg makan duit haram? Bukan aku sorg. Housemate aku kata nak terminate akaun dia besok. Aku kata bfore terminate, tolong maki2 sikit ya. Hehehe. Geram punya pasal.

Semalam aku try beli topup dari pukul 11 kat maybank2u. Sampai pukul 12 aku try masih jgk tak mampu2 nak masuk ke maybank2u. Aku keluar cepat2 g cc. Sampai kt cc baru aku perasan yg maybank2u dah start buat maintenance dah waktu tu. Mula pukul 12 tiap malam. Kalau bkn psl celcom berukband td dah lama aku dapat kredit.

Lepas tu aku balik umah. Sampai lebih kurang 1.30 gitu dapat jugak aku masuk maybank2u guna berukband tadi. Aku try la beli topup celcom RM10. Tau apa yg jadi? Bila complete je payment aku dan sepatutnya aku akan dibawa ke laman PIN topup tu celcom berukband ni cepat2 down. Apa kesannya? Kesannya, duit dari maybank2u aku kena potong dan PIN topup tu aku tak dapat. Buat aku nak mencarut. Aku tak suka mencarut tapi semenjak dua menjak ni aku asek je mencarut dan diikuti oleh perkataan celcom.

Dah lama sangat sabar last2 pecah jugak. Kalo korang tak caya kan, try search kat pakcik google "celcom broadband macam sial". Tengok apa orang lain kata. Huhu.

Aku rasa tagline Celcom Broadband patut ditukar menjadi "Celcom broadband, Melatih Kesabaran"

Tau tak apa kesan celcom broadband kat hidup aku? Aku amek dua contoh tadi je. Pertama aku tak dapat login facebook kan? Kedua aku tak dapat nak beli topup. Begini, bila aku dapat login facebook mungkin ada awek2 yg nak add aku ker...nk berkenalan ke...nak mesej2..nk chat ker...mungkin la kan..sapa tau? hehe...tapi bila celcom berukband ni selow sgt, dan aku tak dapat login, melepas la peluang tadi. Btol x?

Kedua, bila aku nak topup cepat2 maknanya sebab aku perlu reply mesej orang. Mungkin juga mesej dari mereka yg berjanitna awek, kan? Tapi bila dah jadi macam yg aku sebut kat atas tadi mana2 awek pun akan bengang sbb aku tak reply cepat2. Last2 merajok dan terus hilang.

Eh korang nampak tak apa kesan secara langsung celcom berukband ni kat idop aku? Kesannya kan, sampai sekarang aku masih single. Sebab tu ada filem i'm single tu. Ilham dari kisah aku tu rasanya. Tapi aku tak tengok cerita tu sbb aku tak suka farid kamil. Eh farid kamil ke yg berlakon? Ahh biarla dia. Aku stori pasal celcom berukband rupanya td. Hehe.

Ok la aku harapa celcom berukband ni akan improve. Kalau tak pun aku harap lepas ni Dato' Seri Tony Fernandez join jgk bisnes broadband ni kat Malaysia. Buat macam dia buat kat airasia. Barulah aku tak menyingle selamanya, kan? Err...ada tak awek2 yg single baca entri aku ni? Sila tinggalkan komen anda di bawah untuk mendapat respon selanjutnya k. Haha :D

Aku ingtkan entri ni pendek, panjang giler rpanya...mmg layak masuk blog. hehe

salam.
2

Pada-Nya jua kita dikembalikan....

Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jua kita akan dikembalikan....

Ptg ni aku dapat berita berkenaan mak kepada kawan aku telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yg mendapat rahmat. Amin ya Rabbal alamin...

Setelah melalui penderitaan yg agak panjang lantaran perasaan dengki manusia dengan bantuan dan tipu daya syaitan, akhirnya ptg tadi semua penderitaan mak kawan baik aku berakhir apabila rohnya kini dijemput Allah untuk kembali kepadaNya. Baru semalam kami berborak pasal beliau.

CCTV yg kawan aku beli hari ni dengan tujuan untuk dibawa balik untuk merakam siapa yg selalu menanam barang2 sihir di sekeliling rumah tu nampaknya tak sempat nak digunakan. CCTV tu skrg ditinggalkan di bilik dan kawan aku sekarang dalam perjalanan ke LCCT untuk kejar tiket emergency supaya dapat segera sampai ke rumah malam ni sebelum jenazah dikebumikan. Semoga dia sempat bertemu jenazah maknya untuk kali terakhir.

Rancangan kami juga untuk bertemu ustaz Majid untuk tujuan mengubati maknya juga nyata tak diberikan kesempatan. Tapi tak pa lah, semua ni pastinya akan ada hikmahnya. Sepanjang beberapa lama aku kenal dgn kawan ni, aku dapati dia mmg sorg anak yg paling baik. Terlalu ambil berat pasal keluarga terutama kepada maknya.

Tadi dia menangis depan aku. Teresak-esak dia bagitau aku pasal tu. Biasanya aku dapat bagi dia apa2 nasihat yg patut. Tapi tadi aku hanya diam je sambil turut termenung. Aku jadi speechless. Aku tak tau nak kata apa. Aku harap dia pun faham. Tapi lepas tu dia nampak dah ok sikit.

Tu je kali ni, semoga roh arwah dirahmati Allah s.w.t...
3

Sihir...jangan jadi hamba syaitan

Subuh tadi kawan serumah aku balik dari Terengganu. Dia balik sana beberapa hari saja sebab terpaksa balik. Khabarnya mak dia sakit teruk. Aku dah lama dengar pasal mak dia sakit ni. Dari dulu dia cerita yang mak dia kena buatan orang.

Cerita ni sebenarnya dah lama. Hidup mak dia dah lama derita pasal benda ni. Mak dia tak dapat nak jalan. Sakit macam-macam. Semua ni gara-gara ada manusia yang busuk hati, dengki dan sanggup jadi hamba syaitan.

Bila aku sebut pasal sihir sebagai punca mak dia jadi macam tu (pastinya dengan izin Allah), mesti ada juga yang akan terdetik nak tanya.."dah cek kat hospital ke?". Takpe, sebab aku pun dulu ada tanya kat kwn ni macam tu.

Rupanya benda tu mmg dah sah dah berkaitan dengan makhluk-makhluk halus. Dah lama dah berubat dengan perubatan moden. Bila guna ustaz, diorang berjaya jumpa ada macam-macam 'benda' yang ditanam di sekeliling rumah. Pagi ni buang, malam ni dah datang balik.

Kali ni kawan aku tu kata keadaan lagi teruk. Belakang badan mak dia bengkak sampai dekat 20cm. Bayangkan berapa besar tu? Nanah pula keluar dari situ. Perangai mak dia berubah macam budak kecik. Ada sekali tu suara mak dia jadi orang lain dan bercakap pelik. Rupanya makhluk tu yg bercakap. Dia kata nak bagi mak kawan aku ni terus lumpuh dan sakit.

Sekarang ni mak kawan aku ni masih lagi sakit. Dah macam-macam dah barang digali dan dibuang dari halaman rumah tu. Besi pun diorang ada jumpa. Jahatnya manusia bila dah penuh hasad dengki.

Mari kita sama-sama berdoa, moga mak dia diberikan kesembuhan dan pengamal ilmu hitam serta orang yang mengupahnya tadi berhenti dari melakukannya. Semoga kita pun terlindung juga dari semua benda-benda pelik dan syirik ni. Assalammualaikum....
4

Member yg kesian..

Hari ni demi utk menunjukkan rs penghargaan kpd para pacik pencipta google, aku buat sikit entri pendek. Sikit di sini maksud aku satu saja kot...eh tak smstinya jgk. Mungkin jgk aku akan rajin utk buat satu lg. Mana2 ja la nanti ya.

Sbnrnya aku just nk luahkan apa yg ada dlm kepala hotak aku yg bjambul ni je skg ni. Apa yg dlm kepala otak aku adalah aku kesian dgn member baik aku ni. Dia 1 umah ngn aku wpun xsame bilik la. Aku salu kuar mamam ngn dia dan dia mmg baik.

Aku kesian ngn dia sbb gf dia pasang lelaki lain. Bila dia suruh tgglkan laki tu, pmpn tu tanak. Tp bila dia tgglkan pmpn tu, pmpn tu plak kol dia nangis2 kata dia tanak hlg mmber aku ni. Aku dh bgtau dh mmber aku ni supaya jgn layan pmpn tu. Bkn apa, biar dia dpt bezakan antara ada lelaki ni n dah tiada.

Mungkin ada yg akan cakap may be laki ni tak bagus or tak pandai layan awek dia tu. Apa yg aku nampak selama ni, mmber aku ni layan dia 1st class je. Ari2 mmber aku pg belikan nasik dan antar pg tmpat tggl dia. Bkn setakat sentuh, nek moto sekali pn mmber aku ni tak bawak dia. Bila mmber aku ni gi hong kong aritu, sanggup lg dia beli simkad khas utk kol awek ni ari2 wpun kos boleh thn gak. Pastu nak kata psl romantik, mmber aku ni kalo nk bg kad kt awek tu siap yg design2 sendiri lg. Aku ada tengok aritu.

Tup2 skrg awek tu plak pg buat hal kuar ngn laki lain. Siap pg tgok wayang lagi tu. Before ni awek tu tak msuk pn pgg wyg. Ntah apalah laki tu dh buat smpai awek tu tiba2 jd camni. Sbnrnya mmber aku dgn awek ni dh kapel 3 thn lbeh dah. Aku kesian gk kt mmber aku ni. Tp dia nampak kuat gk la.

Kesimpulan daripada tragedi depan mata aku ni pmpn mmg cpt bosan. Bila diorg jmpa org lain, diorg akan tgglkan korang(para pakwe) dan alasan yg korang akan dpt adalah tak ada jodoh. Lepas tu korg akan dengar org cakap, dh xder jodoh nk wat camner. Hehehe. Tp kalo org laki yg buat mcm tu, korang akan kena cakap playboy dan tak guna. Haha.

Dah siap satu entriii...yeeeeyeye